JPPM Sabah

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah (JPPM Sabah) telah wujud sejak tahun 1948 di bawah Jabatan Buruh dan Kebajikan Negeri Sabah. Pendaftar Pertubuhan digelar sebagai ‘Registrar of Societies, Colony of North Borneo’. Jabatan Buruh dan Kebajikan Negeri Sabah menguatkuasakan ‘Societies Ordinance 1947’ , 1949 dan 1961 serta Akta Pertubuhan, 1966.

JPPN Sabah dipisahkan daripada Jabatan Buruh dan Kebajikan Negeri Sabah pada 1 Mac 1974. Sebelum 1 Mei 1974, gelaran jawatan Penolong Pendaftar Pertubuhan Sabah adalah sebagai Timbalan Pendaftar Pertubuhan.

Sepanjang tahun 2004 – 2007, JPPN Sabah telah memenangi tempat Pertama Anugerah Kualiti Jabatan sebagai Perkhidmatan Kaunter Terbaik dan Anugerah Keceriaan Pejabat. Manakala pada tahun 2007, JPPN Sabah telah memenangi tempat Ketiga Anugerah Kaunter di Peringkat Kementerian.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah
Kementerian Dalam Negeri
Suite 5-03A, Tingkat 5 Menara MAA,
Lorong Api-api 1,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 – 447609 / 088 – 447610 / 088 – 447612
No. Faks : 088 – 447614
Laman Web JPPM Sabah
() : Facebook JPPM Sabah
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP