JPPM Pulau Pinang

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang (JPPM Pulau Pinang) wujud sebaik sahaja Ordinan Pertubuhan 1949 dikuatkuasa yang mana JPPNPP mengawasi pertubuhan-pertubuhan di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Seterusnya, tugas ini dipisahkan dengan penubuhan Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah (JPPN Kedah) pada tahun 1981 dan Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan/Terengganu pada tahun 1974.

JPPNPP mula beroperasi di Pejabat Mahkamah Tinggi Lebuh Farquhar, Pulau Pinang pada tahun 1949. Pada tahun 1953, JPPNPP berpindah ke Pejabat Dewan Undangan Negeri, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang dan Jabatan ini berpindah lagi ke 25, Jalan Ahmad Shah, Pulau Pinang pada tahun 1964. Seterusnya, pada tahun 1988, JPPNPP beroperasi di Tingkat 9, Bangunan Tunku Syed Putra, Pulau Pinang dan berpindah ke 4826, Taman Selat, Jalan Pantai, Butterworth, Pulau Pinang. Kemudiannya, JPPNPP berpindah ke Tingkat 7, NB Tower, Jalan Bagan Luar, Butterworth, Pulau Pinang dan pada tahun 2002, JPPNPP berpindah ke Tingkat 11 pada bangunan yang sama.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Aras 4, Anjung C
Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara,
Jalan Bertam,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Telefon : 04 – 578 0456 / 578 0457 / 578 0458
No. Faks : 04 – 578 0450
Laman Web JPPM Pulau Pinang
() : Facebook JPPM Pulau Pinang
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP