JPPM Perak

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak (JPPM Perak) telah wujud sejak tahun 1949 lagi dan mula beroperasi di Bangunan Mahkamah Seksyen Ipoh. Pada tahun 1963, pejabat ini berpindah ke Bangunan Persekutuan, Jalan Douglas (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) dan kemudian pada tahun 1986 berpindah ke Bangunan UDA, Jalan Cockman (Jalan Dato’ Onn Jaafar). Pada 1990 JPP Perak berpindah pula ke Tingkat 10, Wisma Maju UMNO, Jalan Sultan Idris Shah.

Seterusnya, pada bulan Ogos 2000 pejabat ini telah berpindah ke Tingkat 2 Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown dan pada 2 Januari 2006 JPP Perak telah berpindah ke Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Ipoh. Kompleks pejabat ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah pada 17 Julai 2006.

Komplek Pejabat KDN ini terletak lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar dan terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang menempatkan 7 Jabatan iaitu:

a) Jabatan Imigresen Malaysia (Perak)

b) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

c) R.E.L.A.

d) Jabatan Pendaftaran Negara

e) Bahagian Kawalan Filem KDN

f) Jabatan Pertahanan Awam

g) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak,
Aras 4, Kompleks Pejabat Kementerian Dalam Negeri,
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak.
Telefon : 05 – 528 8445/ 05-528 8446
No. Faks : 05 – 528 8793
Laman Web JPPM Perak
() : Facebook JPPM Perak
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP