JPPM Pahang

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang (JPPM Pahang) diwujudkan pada bulan Februari 1981 di Bangunan Bank Pertanian, Jalan Tun Ismail, Kuantan. Sebelum itu, JPPN Pahang terbahagi kepada dua iaitu kawasan Pahang Timur yang Ibu Pejabatnya di Kuala Terengganu dan Pahang Barat yang diletak di bawah Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1983, JPPN Pahang telah berpindah dari Bangunan Bank Pertanian ke Tingkat 1, Wisma Sri Pahang sehingga 1987. Kemudiannya, pada 1 September 1987 JPPN Pahang telah berpindah ke Tingkat 8, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, Kuantan dan dari Wisma Persekutuan JPPN Pahang berpindah pula ke Tingkat 3, Wisma Puriwirawan, Jalan Gambut, Kuantan.

Seterusnya, pada 1 Julai 2004 JPPN Pahang berpindah ke Tingkat 3, Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Kompleks KHEDN ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 21 Februari 2005.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;\
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 3, Kompleks KHEDN,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Telefon : 09 – 573 3360
No. Faks : 09 – 573 4809
Laman Web JPPM Pahang
() : Facebook JPPM Pahang
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP