JPPM Negeri Sembilan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan (JPPM Negeri Sembilan) mula beroperasi 2 Oktober 1994 bertempat di Tingkat 2, Wisma Cahaya Jalan Tuanku Antah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelumnya, pada 11 Februari 1980, Jabatan ini beroperasi sebagai cawangan Melaka dan Negeri Sembilan bertempat di Tingkat 4, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Hang Tuah, Melaka. Pada 1 Oktober, 1994 berlaku pemisahan antara Pejabat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Anggota perintis terdiri daripada 2 orang Pegawai Pendaftaran dan seorang Pembantu Tadbir. Kemudian diikuti dengan penambahan seorang Penolong Pendaftar Pertubuhan, seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu Am Rendah dan Pemandu menjadikan jumlah keseluruhan seramai 8 anggota JPPNS.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sembilan
Kementerian Dalam Negeri,
Tingkat 6, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon : 06 – 764 4639
No. Faks : 06 – 764 4635
Laman Web JPPM Negeri Sembilan
() : Facebook JPPM Negeri Sembilan
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP