JPPM Melaka

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Melaka mula beroperasi sebagai sebuah pejabat cawangan Melaka dan Negeri Sembilan pada 11 Februari 1980 bertempat di Tingkat 4, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Hang Tuah, Melaka. Akhirnya pada 1 Oktober 1994 berlaku pemisahan antara Pejabat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Ini bermakna pejabat ini hanya mengawasi dan mengawal pertubuhan yang berada di Melaka sahaja. Jabatan telah menjalankan operasi di Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Mulai akhir Mac 2006 sehingga kini, pejabat ini telah berpindah ke Aras 4, Blok Pentadbiran, Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Melaka
Kementerian Dalam Negeri
Aras 4, Blok Pentadbiran,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Jalan Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Telefon : 06 – 232 4180
No. Faks : 06 – 232 1380
Email : alljppm_melaka.ros@moha.gov.my
Laman Web JPPM Melaka
() : Facebook JPPM Melaka
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP