Pendaftaran parti pejuang tanah air di bawah akta pertubuhan 1966 (akta 335)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) merujuk kepada Kenyataan Media oleh Parti Pejuang Tanah Air bertarikh 29 Oktober 2020 mengenai “Pejuang Desak Keputusan Segera dan Jelas Dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)”.

JPPM dengan ini memaklumkan bahawa permohonan pendaftaran ini masih dalam penelitian dan semakan. JPPM juga menegaskan bahawa berdasarkan semakan rekod jabatan sehingga 29 Oktober 2020, permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan permohonan pendaftaran dalam sistem eROSES. Bagi tujuan tersebut, pihak Jawatankuasa Penaja adalah diingatkan untuk berhubung terus dengan JPPM bagi menyelesaikan urusan permohonan pendaftaran tersebut. Jawatankuasa Penaja telah dimaklumkan mengenai keperluan pendaftaran yang lengkap melalui sistem sebelum pertimbangan sewajarnya dilakukan.

Seterusnya, merujuk dakwaan bahawa belum ada tanda-tanda Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan diluluskan setelah lebih dua (2) bulan permohonan bertulis dan dalam talian dikemukakan kepada JPPM adalah tidak berasas sama sekali. Dakwaan berkenaan adalah tidak wajar kerana pihak Jawatankuasa Penaja Parti telah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama pihak JPPM bagi tujuan semakan dan mendapatkan pandangan mengenai tindakan lanjut yang perlu diambil terhadap permohonan tersebut seperti yang dinyatakan sendiri oleh Parti PEJUANG dalam kronologi Kenyataan Media mereka bertarikh 29 Oktober 2020. Seperti yang dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penaja Parti bahawa semakan terperinci hendaklah dilakukan pada setiap permohonan yang dikemukakan termasuk dokumentasi terutamanya perlembagaan yang merupakan rujukan utama sesebuah pertubuhan berdaftar.

Oleh yang demikian, JPPM sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan mengawal selia semua pertubuhan berdaftar di Malaysia dengan ini menegaskan agar pihak Jawatankuasa Penaja Parti untuk tidak menggunakan logo, lambang serta simbol sehingga pertubuhan tersebut didaftarkan secara sah di bawah Akta 335.

JPPM adalah jabatan yang melaksanakan tugas dan fungsi dengan adil dan saksama berdasarkan Rule of Law selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].



Klik untuk muat turun lampiran pengumuman

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP