Sumbangan 260 Bakul makanan kepada 260 keluarga di Kawasan PKPD di Kampung Bunut Sarang Burung, Wakaf Bharu, Kelantan sempena Program Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2021 (HiPER’21) dengan kerjasama Persatuan Penduduk KG. Kedai Parit, Wakaf Bharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Pemimpin Komuniti. Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan pertubuhan yang dikenalpasti daripada setiap daerah tertentu untuk menyediakan bekalan keperluan asas kepada penduduk sekitar kawasan PKPD yang terjejas. Kerjasama daripada Persatuan Penduduk KG. Kedai Parit, Wakaf Bharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Pemimpin Komuniti dalam menyalurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan yang terkesan akibat pandemic Covid-19 seperti ibu tunggal, golongan asnaf yang kurang berkemampuan dan mereka yang berpendapatan rendah.
Program sumbangan ini
dijalankan sempena Program Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2021
(HiPER’21) sekaligus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk turut tampil
menghulurkan bantuan sama ada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
mahupun orang perseorangan bagi meringankan beban terutamanya ibu tunggal,
golongan asnaf yang kurang berkemampuan dan mereka yang berpendapatan rendah
bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.