Geran persatuan penduduk adalah secara one-off, iaitu ditawarkan apabila JPPM menerima peruntukan khas bagi tujuan tersebut.
JPPM akan mengiklankan tawaran geran di portal www.ros.gov.my dan Facebook rasmi Jabatan apabila menerima peruntukannya kelak.
Salinan sijil / dokumen persatuan boleh didapati melalui carian di mana-mana kaunter JPPM yang terdekat. Carian adalah terhad kepada dokumen yang dikehendaki seperti Sijil Pendaftaran, senarai AJK dan Perlembagaan Pertubuhan.
Setiap dokumen akan dikenakan bayaran mengikut peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 seperti berikut :
Sijil Pendaftaran - RM10.00;
Senarai AJK - RM2.00 bagi tiap-tiap muka surat; dan
Perlembagaan Pertubuhan - RM2.00 bagi tiap-tiap muka surat.
Pertubuhan boleh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan pembatalan mengemukakan permohonan rayuan kepada Menteri dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dan bayaran permohonan sebanyak RM50.00. Sila muat turun Borang Permohonan Rayuan Pertubuhan di sini.
Ahli yang tidak hadir ke Mesyuarat Agung tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan.
Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sekiranya ada dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan bahawa ahli yang tidak hadir dan tidak mengundi dibenarkan untuk memegang jawatan yang dipertandingkan.