Permohonan perdaftaran yang telah ditolak tidak boleh dipinda.
Sekiranya pertubuhan ingin mengemukakan semula permohonan, ia hendaklah dikemukakan sebagai mana permohonan baharu.
Oleh itu setiausaha / pemohon hendaklah mengisi semula maklumat pertubuhan, senarai AJK, perlembagaan dan membuat bayaran pendaftaran, RM30.00.
Pertubuhan boleh didaftarkan di Malaysia dengan syarat pertubuhan perlu mematuhi Akta Pertubuhan 1966. Pertubuhan juga boleh menggunapakai matlamat dan nama Pertubuhan yang berada di luar negara.
Walau bagaimanapun, permohonan akan diproses mengikut dasar dan polisi semasa kerajaan Malaysia (serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966)
Bantuan yang boleh diberikan seperti yang terdapat di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966 termasuklah bantuan/nafkah semasa keuzuran, kelahiran anak, kematian serta dalam hal-hal penderitaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Pertubuhan.
Setiausaha Agung Induk hendaklah mengemukakan permohonan (kebenaran menubuhkan cawangan) melalui system eroses. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran, cawangan hendaklah mangadakan mesyuarat penubuhan cawangan dan melantik ahli jawatankuasa mengikut perlembagaan pertubuhan. Semua maklumat perlu dikemukakann semula kepada Setiausaha Agung Induk untuk dikemaskini di dalam system eroses untuk kelulusan.
Boleh. Kelayakan menjadi ahli pertubuhan Faedah Bersama adalah ditetapkan mengikut tempat tinggal di bawah Seksyen 21(1)(c). Selepas kemasukkan, ahli-ahli yang berpindah boleh terus menjadi ahli dan memegang jawatan sekiranya tiada sekatan dalam Undang-Undang Tubuh pertubuhan itu.