Geran persatuan penduduk adalah secara one-off, iaitu ditawarkan apabila JPPM menerima peruntukan khas bagi tujuan tersebut. JPPM akan mengiklankan tawaran geran di portal www.ros.gov.my dan Facebook rasmi Jabatan apabila menerima peruntukannya kelak.
Syarat asas pemberian geran adalah pertubuhan perlulah berdaftar, mengemukakan penyata tahunan, dan memenuhi syarat khusus yang lain. Syarat dan borang permohonan akan dihebahkan melalui portal www.ros.gov.my dan Facebook rasmi Jabatan apabila tawaran geran dibuka.
Penyata tahunan (PT) adalah laporan tahunan yang perlu dikemukakan kepada JPPM pada setiap tahun, di bawah Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966. PT perlu dihantar dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung atau dalam tempoh 60 hari tamat tahun kewangan. Maklumat PT hendaklah dihantar melalui sistem eROSES oleh setiausaha pertubuhan.
Bagaimana untuk melucutkan seseorang pemegang jawatan utama daripada jawatannya ke atas kesalahan kerana tidak menjalankan tugas/ sikap?
Pertubuhan perlu mengadakan peruntukan di dalam perlembagaan berkenaan perlucutan kuasa dan tatacara untuk melaksanakannya seperti contoh :
Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada Jawatankuasa tersebut untuk memberi surat pemakluman an notis tunjuk sebab kepada pemegang jawata utama tersebut sebelum tindakan perlucutan diambil.
Apakah status ahli jawatankuasa, sekiranya ada peruntukan di perlembagaan pertubuhan menyebut seseorang ahli jawatankuasa secara automatik akan terhenti menjadi ahli jawatankuasa sekiranya tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak tiga ( 3 )kali berturut-turut tanpa alasan?
Setiausaha hendaklah memaklumkan secara
bertulis mengenai peruntukan ini serta memberi notis tunjuk sebab setelah
ketidakhadiran AJK buat kali ke-2 dengan tanpa sebab munasabah. Sekiranya AJK
tersebut mengabaikan surat pemakluman dan notis tersebut seterusnya tidak hadir
buat kali ke-3 jawatan AJK tersebut adalah terlucut secara automatik.