Pertubuhan yang mempunyai nama yang sama atau seakan sama tetapi dengan tujuan yang berlainan juga TIDAK BOLEH ditubuhkan kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan.
Boleh. Kerana bekas pemegang jawatan pertubuhan tersebut tidak disenaraihitamkan.
Pertubuhan-pertubuhan yang memohon pendaftaran hendaklah menggunakan nama di dalam Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun nama di dalam bahasa lain boleh juga digunakan sebagai sampingan (dalam kurungan) atau di bawah nama dalam Bahasa Malaysia. (Rujukan : Arahan Pendaftar 16 Januari 1979).
Pertubuhan boleh bergabung dengan pertubuhan/negara luar sebagaimana peruntukkan perlembagaannya. Akta Pertubuhan 1966 menghendaki pertubuhan mengisytiharkan perkara tersebut dalam penyata tahunannya
Pertubuhan boleh melaksanakan mesyuarat melalui sidang video dengan syarat mematuhi peruntukan-peruntukan perlembagaan pertubuhan. Segala dokumen seperti memo panggilan mesyuarat, senarai kehadiran, agenda dan minit mesyuarat serta rekod-rekod mesyuarat hendaklah disediakan secara fizikal (hard copy) dan disahkan.