Tiada tempoh yang ditetapkan untuk membatalkan pertubuhan yang tidak mengemukakan penyata tahunan.
Pertubuhan adalah bertanggungjawab menghantar penyata tahunannya pada setiap tahun dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat Agungnya dan sekiranya tiada Mesyuarat Agung dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar (sebelum 1 Mac).
Jika gagal mengemukakan penyata tahunan, Pendaftar akan mengeluarkan notis 13(2) Kenyataan Sebelum Pembatalan supaya mengemukakan jawapan berkaitan kegagalan mengemukakan penyata tahunan pertubuhan dalam tempoh 30 hari.
Jika gagal mematuhi notis 13(2) Kenyataan Sebelum Pembatalan, pertubuhan akan dibatalkan.
Penyata tahunan perlu dihantar secara online melalui sistem eRoses oleh Setiausaha Pertubuhan sebagai pemilik akaun. Penghantaran Penyata Tahunan adalah sebagaimana yang termaktub dalam seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 dimana “Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah, dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar…”
Penyata tahunan (PT) adalah laporan tahunan yang perlu dikemukakan kepada JPPM pada setiap tahun, di bawah Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966.
PT perlu dihantar dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung atau dalam tempoh 60 hari tamat tahun kewangan.
Maklumat PT hendaklah dihantar melalui sistem eROSES oleh setiausaha pertubuhan.
Kuasa memberikan pengecualian cukai adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
JPPM boleh mengesahkan perlembagaan tersebut dengan syarat Penolong Pendaftar berpuas hati dengan salinan dibuat adalah sama dengan salinan asal. Penolong Pendaftar Pertubuhan berkuasa meluluskan permohonan tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak persatuan digalakan untuk membuat pindaan perlembagaan secara atas talian (Pindaan Migrasi) bagi memudahkan proses untuk mendapatkan perlembagaan lengkap secara atas talian (soft copy). Pengesahan dokuman akan dikenakan fi mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.