Pengenalan
JPPM telah memperkenalkan konsep ros_care dalam pelaksanaan Program Outreach bersama pertubuhan bagi tujuan mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM serta memberikan khidmat nasihat dan kefahaman berkaitan pengurusan pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan oleh sesebuah pertubuhan.
Program #ros_care juga merupakan satu program Jabatan yang
dijenamakan semula bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
turun ke lapangan untuk mendekati rakyat bagi mendengar sebarang permasalahan
dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Di
samping itu, ia juga adalah susulan paradigma kepada pendekatan kerajaan yang
ingin mewujudkan segmen yang berkesan melalui platform kolaborasi dengan
agensi-agensi berkepentingan bagi mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme
penyampaian sektor awam.
Impak & Hasil
Menghasilkan satu platform kepada warga JPPM untuk mendekati pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM di seluruh Malaysia serta Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan pertubuhan secara efektif dan efisyen.
Akses dan lihat album dan foto dari pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk #ros_care