Pengawasan pertubuhan-pertubuhan di Negeri Johor pada awalnya dikelolakan oleh Pejabat Cawangan Melaka dan hanya berpindah ke Negeri Johor pada awal tahun 1959. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor (JPPM Johor) pada permulaannya bertempat di Tingkat 3, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Jalan Duke, Johor Bahru, Johor. Kemudiannya, ia berpindah ke Tingkat 6, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, Johor Bahru, Johor, mulai tahun 1979. Pada Tahun 2011, JPPNJ telah berpindah lagi ke Tingkat 5, Blok 1, Kompleks Kementerian Dalam Negeri,Jalan Pejabat,Taman Setia Tropika,81200 Johor Bahru, Johor sehingga kini.
Dari segi skop pengawasan/ pengawalan/ pentadbiran, JPPNJ tidak mempunyai sebarang pejabat Cawangan di peringkat Daerah-Daerah untuk memberi perkhidmatan sokongan. JPPNJ berperanan sebagai pusat (centralized role) bagi mengawas dan mengawal pertubuhan-pertubuhan yang didaftarkan di seluruh Negeri Johor di mana pentadbiran Negeri Johor mempunyai lapan (8) buah Daerah, iaitu, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Segamat. Berkuatkuasa mulai daripada 16 Disember 2007, dua (2) buah Daerah baru telah diwujudkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, iaitu, Daerah Kulaijaya dan Daerah Ledang. Sebagai langkah positif bagi mengekalkan dan memperkukuhkan lagi peranan Jabatan tersebut serta bagi mempertingkatkan lagi prestasi dan imej Jabatan ini, maka JPPNJ telah menjalankan Program-program Pejabat Bergerak semenjak tahun 1998 lagi. Setiap program dijalankan selama dua (2) hari secara berjadual di Daerah-Daerah yang berjauhan dari pusat, iaitu, Daerah-Daerah Mersing, Batu Pahat, Muar dan Segamat.
Objektif JPPNJ ialah untuk menyediakan organisasi yang dinamik berorientasikan sumber manusia yang cekap dan penggunaan komputer menyeluruh untuk mempastikan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, 1966 bergerak sejajar dengan Akta. JPPNJ juga bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan demi memperdekatkan Jabatan ini dengan orang-orang ramai sejajar dengan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984.
FUNGSI DAN TUGAS
Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:
Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:
HUBUNGI KAMI
Pengarah