Selaras dengan arahan penutupan penuh sektor sosial dalam tempoh
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ‘lockdown’
bermula 1 Jun 2021, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
menegaskan bahawa pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan bagi semua
pertubuhan berdaftar hendaklah ditangguhkan kecuali ianya mampu
dilakukan secara maya menurut prosedur operasi standard (SOP) PKP dan
memenuhi syarat-syarat asas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan
seperti yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Walau bagaimanapun, Mesyuarat Agung Tahunan tersebut boleh
dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan
pematuhan ketat berdasarkan kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM).
Sehubungan itu, semua pertubuhan berdaftar hendaklah mengemukakan
permohonan bertulis bagi tujuan penangguhan pelaksanaan Mesyuarat
Agung Tahunan kepada JPPM dengan mengemukakan cadangan tarikh
pelaksanaan dan SOP tambahan sebaik sahaja tempoh PKP berakhir.
Semua pertubuhan hendaklah mengemukakan penyata tahunan kepada
JPPM dalam tempoh enam puluh hari (60) hari selepas Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan selaras dengan peruntukan Seksyen 14(1), Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 335].
JPPM menegaskan bahawa pertubuhan berdaftar hendaklah
melaksanakan Mesyuarat Agung Tahun bagi memastikan pengurusan
pertubuhan dapat dilaksanakan dengan baik selaras dengan kehendak
perlembagaan pertubuhan dan Akta 335.