KENYATAAN RASMI JPPM BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YB AMIRA AISYA ABD AZIZ, TIMBALAN PRESIDEN PARTI MUDA

 



KENYATAAN MEDIA


JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA 

(JPPM)



KENYATAAN RASMI JPPM BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YB AMIRA AISYA ABD AZIZ, TIMBALAN PRESIDEN PARTI MALAYSIAN UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE (MUDA)


02 SEPTEMBER 2023, PUTRAJAYA



Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ingin merujuk kepada kenyataan media oleh Yang Berhormat Amira Aisya Abd Aziz, Timbalan Presiden parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) bertarikh 1 September 2023 mengenai dakwaan beliau disenarai hitam daripada memegang sebarang pertubuhan berdaftar. JPPM ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat.


JPPM ingin menjelaskan bahawa tindakan yang dikeluarkan ke atas beliau adalah berikutan pembatalan pendaftaran Persatuan Ekonomi Merdeka (No. Pendaftaran: PPM002-10-03112017) melalui Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv) pada 28 Oktober 2022 oleh Pendaftar Pertubuhan. Tindakan tersebut juga mengikat beliau di bawah Seksyen 49 dalam akta yang sama.


Sehubungan itu, JPPM ingin menegaskan bahawa tindakan yang telah dikeluarkan ini adalah berpandukan kepada segala proses siasatan dan undang-undang yang teratur serta berdasarkan kepada kuasa yang termaktub di dalam Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).


Sekian, Terima Kasih.



JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA





Klik untuk muat turun lampiran pengumuman

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP