PENGUMUMAN PENTING:
PERALIHAN KE SISTEM EROSES VERSI 2.0
Dimaklumkan bahawa Sistem eROSES akan ditutup sepenuhnya termasuk Carian Maklumat di kaunter pejabat JPPM bermula 28 Mac 2025, jam 11:00 malam dan akan kembali beroperasi pada 14 April 2025, jam 8:00 pagi bagi memberi laluan kepada aktiviti peralihan sistem sedia ada ke Sistem eROSES versi 2.0.
Peralihan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem dan pengalaman pengguna dalam pengurusan pertubuhan. Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk melengkapkan sebarang urusan dalam sistem sedia ada sebelum tarikh penutupan tersebut.
*Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat JPPM yang terdekat