Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia Negeri Sembilan mula beroperasi 02 Oktober, 1994 bertempat
di Tingkat 6, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban,
Negeri Sembilan
FUNGSI
DAN TUGAS
Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:-
1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan , 1966 dan
Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984.
2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan
keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraan awam atau akhlak negara Malaysia;
3. Mengurus dan menyimpan
rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan
cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.
Tugas-tugas yang dijalankan
meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:
1. Memproses permohonan untuk
mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
2. Meluluskan permohonan pertukaran
nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan
bendera/lambang/tanda-tanda lain;
3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
5. Memproses permohonan perlantikan
Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah Bersama;
6. Mengawal dan mengawasi
kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang
berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
7. Menyemak penyata tahunan
pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak
ahli-ahli terjamin;
8. Mengeluarkan notis-notis kepada
pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah
Seksyen 14(5) dan syor pembatalan
pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta
Pertubuhan , 1966;
9. Mengadakan kemudahan carian
maklumat dan memberikan Salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
10. Memberikan khidmat nasihat
mengenai pengurusan pertubuhan;
11. Memberikan ceramah mengenai
pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.
HUBUNGI KAMI
Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Negeri Sembilan
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 6, Bangunan Yayasan
Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
7000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7644639
Fax: 06-7644635
Laman Web: http//www.ros.gov.my