
Pengenalan
#ros_care dikenali sebagai Hari Bersama Pertubuhan bagi pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Program ini diwujudkan dengan perlaksanaan program dan acara bagi membolehkan JPPM dan Pertubuhan mendekati dan memahami satu sama lain.
Objektif
Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM serta Memberikan khidmat nasihat dan kefahaman berkaitan pengurusan pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan oleh sesebuah pertubuhan.
Kalendar Program
Program #ros_care dilaksanakan menerusi perlaksanaan roadshow di seluruh negara. Ini termasuklah mengadakan hari terbuka di JPPM di mana ahli-ahli pertubuhan dapat mendekati JPPM dan mendapat banyak maklumat tentang JPPM.
Impak & Hasil
Menghasilkan satu platform kepada warga JPPM untuk mendekati pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM di seluruh Malaysia serta Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan pertubuhan secara efektif dan efisyen.
MAKLUMAT, MEDIA DAN STATISTIK
Di bawah, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat, akses kepada media dan statistik serta banyak lagi