HiPER’19 telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mewakili YB Menteri Dalam Negeri pada 12 Oktober 2019 bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor. HiPER’19 diadakan selaras dengan sambutan Hari Pertubuhan Negara yang disambut pada 1September setiap tahun. Selari dengan itu, JPPM pada tahun ini menyambut ulang tahun yang ke-70 (1949 –2019). HiPER’19 bertemakan ‘Pertubuhan Berwibawa,Manifestasi Kecemerlangan’. Objektif penganjuran HiPER’19 terbahagi kepada dua iaitu kepada pertubuhan dan JPPM.
Pertubuhan:
- Platform bagi pertubuhan yang berdaftar untuk berhimpun;
- Berkongsi pengalaman mengenai tadbir urus pertubuhan yang baik;
- Memantapkan jaringan kerjasama di antara agensi kerajaan dan swasta agar dapat membantu dalam merealisasi serta melaksanakan program selaras dengan dasar negara; dan
- Memartabatkan pertubuhan dengan mengetengahkan potensi masing-masing.
JPPM:
- Mempromosi JPPM kepada masyarakat serta menjelaskan peranannya selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984;
- Meningkatkan kerjasama di antara JPPM dengan pertubuhan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/negeri serta swasta;
- Memberi pendedahan dan menggalakkan masyarakat mengenai kepentingan pertubuhan yang berdaftar; dan
- Medium terbaik untuk mendekati pertubuhan dan masyarakat.
- HiPER’19 melibatkan sejumlah 60 pempamer yang terdiri daripada 49 pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM dan 11 pempamer dari agensi awam dan swasta berserta 11 rakan strategik.
- Disamping itu, HiPER’19 turut menyediakan pelbagai program/aktiviti yang menarik kepada pengunjung seperti auto show,demonstrasi perlumbaan dan stunt mini motor, skyrunner Malaysia, pemeriksaan kesihatan secara percuma, persembahan kebudayaan dan teater serta pertunjukan seni bela diri.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan • Perlindungan Data Peribadi • Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)