ii) Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti berikut:-
- bersetuju tentang penubuhan pertubuhan
- meluluskan nama pertubuhan
- meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan
- melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan
- meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang didaftarkan
- mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas.
1. Sesuatu permohonan hendaklah dibuat di dalam borang perundangan, Borang 5 di dalam empat salinan dengan kos RM 1.00 bagi tiap-tiap satu salianan yang perlu disahkan dan ditandatangani oleh 2 pemegang jawatan utama pertubuhan induk.
2. 2 salinan surat kebenaran untuk menggunakan alamat pemilik premis atau majikan sebagai tempat urusan.
3. Stem pos bernilai RM 10.00 yang dilekatkan di atas salinan pertama sahaja di borang permohonan (Borang 5)
1. Mesyuarat Agung setahun sekali.
2. Mesyuarat Agung dua tahun sekali.
3. Mesyuarat Agung tiga tahun sekali.
1. Pertubuhan telah dibubarkan oleh ahli-ahlinya di bawah Seksyen 13(1)(a).
2. Pertubuhan yang didapati bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak negara dan perintah di buat oleh Menteri mengikut Seksyen 5 seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 13(1)(b).
3. Pertubuhan yang didaftarkan di atas penipuan atau kesilapan atau salah nyataan di bawah Seksyen 13(1)(c)(i).
4. Pertubuhan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di bawah Seksyen 13(1)(c)(ii).
5. Pertubuhan didapati telah berusaha mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(iii).
6. Pertubuhan didapati sengaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 atau undang-undang tubuh atau melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).
7. Pertubuhan yang tidak wujud lagi di bawah Seksyen 13(1)(c)(v).
8. Pertubuhan yang telah gagal mematuhi perintah meminda undang-undang tubuh pertubuhan seperti yang dikehendaki oleh Pendaftar mengikut Seksyen 13A, seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vi).
9. Pertubuhan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 2A seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vii).
10. Pertubuhan yang melanggar peruntukan mengikut Seksyen 52 seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(viii).
11. Pertubuhan yang menghadapi pertikaian dikalangan ahli-ahli atau pemegang jawatan dan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 16(1) seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(ix).
12. Pertubuhan yang gagal mengemukakan penyata tahunan seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(d).
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan • Perlindungan Data Peribadi • Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)