Selamat Datang.
Sila Tunggu Sebentar.
Memuat Laman Sesawang..

Encik Azhar bin Mohd Aris
Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM),
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
azhararis.ros[at]moha.gov.my
03 - 8870 2601


Peranan dan Tanggungjawab:

  1. Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT JPPM menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  2. Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT JPPM bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  3. Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT JPPM yang perlu diberikan perhatian;
  4. Memastikan tahap keselamatan ICT JPPM adalah terjamin setiap masa;
  5. Memastikan semua warga JPPM memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
  6. Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di JPPM;
  7. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di JPPM;
  8. Melaporkan kepada GCERT MAMPU mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di JPPM;
  9. Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di JPPM bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT KDN;
  10. Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di JPPM;
  11. Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT JPPM; dan
  12. Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di JPPM.

Pautan Agensi