Selamat Datang.
Sila Tunggu Sebentar.
Memuat Laman Sesawang..

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara sistem maklumat berkomputer dan elemen berkaitan ICT Jabatan bagi memenuhi keperluan semasa. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Kerajaan Digital, Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT serta Unit Dasar dan Khidmat Operasi.


FUNGSI


Unit Kerajaan Digital

  1. Mengurus pelaksanaan dan khidmat bantuan operasi dan penyelenggaraan bagi perkhidmatan Sistem eROSES sebagai perkhidmatan utama JPPM.
  2. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Maklumat Geran yang merekod maklumat permohonan, kelulusan dan pembayaran peruntukan geran kepada pertubuhan.
  3. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Dokumen yang menyimpan rekod pendaftaran pertubuhan yang didaftarkan sebelum pelaksanaan Sistem eROSES.
  4. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Aplikasi Perkongsian Maklumat sebagai membolehkan warga kerja JPPM menyimpan maklumat dengan lebih mudah pada bila-bila masa melalui capaian Internet.
  5. Mengurus dan menyelaras Sistem Automasi Pejabat, Data Terbuka (Open Data), Data Raya (Big Data) dan Pendigitalan Perkhidmatan.
  6. Pematuhan bagi pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS).

 

Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT

  1. Mengurus sistem rangkaian komputer yang disediakan melalui rangkaian Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Campus Network dan 1GovNet
  2. Menguruskan keselamatan ICT JPPM dengan melaksanakan langkah-langkah mengikut keperluan bagi menjamin keselamatan infrastruktur, rangkaian dan aset ICT.
  3. Merancang, melaksana dan mengurus operasi dan penyelenggaraan segala kemudahan dan peralatan di dalam Pusat Data JPPM
  4. Menguruskan penyelenggaraan aset ICT JPPM
  5. Menyelenggara akaun emel rasmi JPPM untuk kegunaan di peringkat ibu pejabat dan seluruh cawangan negeri.
  6. Mengurus perkhidmatan sistem merekod kedatangan secara elektronik melalui kontrak pembekal yang dilantik oleh pihak Kementerian Dalam Negeri
  7. Mengurus keperluan teknikal, kepenggunaan dan operasi sistem perolehan kerajaan (iGFMAS dan ePerolehan)
  8. Pematuhan bagi pensijilan Information Security Management System (ISMS).

Unit Dasar dan Khidmat Operasi

  1. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Laman Web Rasmi sebagai sebuah portal yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan capaian maklumat JPPM.
  2. Mengurus Dasat Keselamatan ICT JPPM.
  3. Mempertingkat tahap keselamatan maklumat menerusi pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS) yang merupakan program di bawah Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam
  4. Menguruskan perolehan ICT JPPM.
  5. Melaksanakan aktviti pengurusan Aset ICT JPPM berdasarkan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan melalui penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA)
  6. Mengurus keperluan dan melaksanakan latihan yang diperlukan oleh warga kerja JPPM berhubung penggunaan dan kemahiran ICT terkini serta mengikut keperluan semasa.
  7. Melaksanakan pengurusan rekod Sistem eROSES dan Emel Rasmi JPPM.
  8. Mengurus keperluan teknikal, kepenggunaan dan operasi bagi pelaksanaan sistem aplikasi HRMIS.
  9. Mengurus pelaksanaan Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam mengikut standard dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU.
  10. Mengurus hal ehwal pentadbiran BPTM.

Pautan Agensi