Selamat Datang.
Sila Tunggu Sebentar.
Memuat Laman Sesawang..

Bahagian Pengurusan Pertubuhan (BPP) merupakan bahagian yang melaksanakan tugas-tugas ‘core business’ Jabatan kecuali tugas yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap aduan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras bagi semua aktiviti-aktiviti ‘core business’ yang dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) bagi mengelakkan ketidakseragaman proses antara 14 buah cawangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di setiap negeri.

FUNGSI


Antara tugas-tugas ’core business’ yang dilaksanakan di JPPN adalah:
  1. Memproses permohonan pendaftaran semua pertubuhan;
  2. Memproses permohonan kebenaran bergerak sementara semua pertubuhan;
  3. Memproses semua permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang dan tanda lain kecuali parti politik;
  4. Memproses semua permohonan pengesahan pegawai harta;
  5. Memproses semua permohonan pendaftaran pegawai awam;
  6. Memproses semua permohonan pelantikan juruaudit luar bagi pertubuhan faedah bersama;
  7. Memproses semua permohonan untuk menaikkan jumlah perbelanjaan pentadbiran bagi pertubuhan faedah bersama;
  8. Memproses semua permohonan bagi melabur dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  9. Menyemak penyata tahunan yang dikemukakan; dan
  10. Mengambil tindakan pembubaran sementara.

JPPN akan memanjangkan kepada BPP permohonan pendaftaran pertubuhan dan bergerak sementara bagi pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan perhatian Ibu Pejabat seperti berikut:

  1. Pertubuhan-pertubuhan Agama;
  2. Pertubuhan-pertubuhan berkaitan perdagangan termasuk institusi kewangan, pembinaan/pengilang dan Dewan Perniagaan/Usahawan;
  3. Pertubuhan-pertubuhan politik; dan
  4. Pertubuhan-pertubuhan berkaitan alam sekitar, pengguna dan persahabatan antarabangsa.

Selain itu, BPP juga menjalankan tugas-tugas berikut:

  1. Memproses permohonan kebenaran penubuhan cawangan;
  2. Menguruskan rayuan pertubuhan kepada Menteri Dalam Negeri;
  3. Mengambil tindakan pembubaran pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(a);
  4. Mengambil tindakan pembatalan pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(d);
  5. Memproses permohonan kebenaran memegang jawatan kepada individu yang dilarang memegang jawatan; dan
  6. Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada yang berkaitan dengan pertubuhan supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Pautan Agensi