Selamat Datang.
Sila Tunggu Sebentar.
Memuat Laman Sesawang..

Jabatan ini mula ditubuhkan sebagai Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Kedah/Perlis pada 1 Mac 1981 dan menjalankan operasinya di No.1571 Tingkat 2, Jalan Kota, Alor Star, Kedah.
Pada 1 Januari 1984, pejabat ini telah berpindah di alamat No. 2502-A, Kompleks Pumpong, Alor Star, Kedah. Seterusnya, pada 1 Mac 1988, pejabat ini berpindah di alamat Tingkat 5, Menara Peladang, Jalan Telok Wanjah, Alor Star, Kedah. Sekali lagi, pejabat ini telah berpindah ke Tingkat 2 di bangunan yang sama.

Pada 1 Februari 2003, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah/Perlis telah dipisahkan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah (JPPNK) dan kekal di Tingkat 2, Menara Peladang, Alor Star Kedah, manakala Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perlis diwujudkan bertempat di Tingkat 5, Bangunan KWSP, Kangar, Perlis.

Seterusnya pada 1 November 2009 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah telah berpindah ke Aras 3, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah, 06550 Alor Setar, Kedah.

FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.

Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.

HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah,
Aras 3, Bangunan Kementerian Dalam Negeri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu’adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah.
Tel : 04-7312700 atau 04-7347144
Faks : 04-7336062

Pautan Agensi