Menyelesaikan semua permohonan urusan pertubuhan yang lengkap dan teratur dalam tempoh berikut :
a) Permohonan pendaftaran pertubuhan
Peringkat Negeri - 3 bulan
Peringkat Ibu Pejabat - 4 bulan
b) Permohonan pindaan undang-undang
Pindaan Sebahagian - 1 bulan
Pindaan Keseluruhan - 2 bulan
c) Permohonan penubuhan cawangan dalam tempoh 2 bulan.
Menyiasat semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan dari tarikh terima aduan.
Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang tubuh pertubuhan dan Akta Pertubuhan, 1966 secara profesional dengan segera.