Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@ros.gov.my
 

 Tarikh Kemaskini: 11 Julai 2008

 
Jumlah capaian mulai
11 November 2006
Free Counters

 

  Intro Ringkas

 

Apakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia?

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan - pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik.  Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana - mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan -  badan yang perlu didaftarkan di bawah mana - mana undang - undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru - guru, badan - badan sukan dan lain - lain.

Apakah fungsi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia?

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertanggungjawab mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan - Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar mengenai pertubuhan.  Selain dari itu, Jabatan ini mengawal pertubuhan supaya tidak digunakan bagi maksud bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan serta ketenteraman awam atau akhlak di Malaysia.  Seterusnya Jabatan juga berfungsi sebagai memberi khidmat nasihat dalam pengurusan pertubuhan.  Akhir sekali, Jabatan juga mengurus dan menyimpan rekod - rekod berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan yang berdaftar.

Apakah aktiviti - aktiviti utama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia?

Aktiviti - aktiviti utama Jabatan melibatkan pendaftaran pertubuhan, pengawalan dan pemantauan, penguatkuasaan, memberi nasihat dan melayani setiap rayuan yang dikemukakan oleh setiap pertubuhan dan cawangan yang berdaftar.

Pautan Laman Web Lain

 

 

 

 

 

Kategori Pertubuhan

Kategori pertubuhan berdaftar adalah seperti ugama, kebajikan masyarakat, sosial dan rekreasi, wanita, kebudayaan, faedah bersama, perdagangan, sukan, belia, pendidikan, politik, pekerjaan dan pertubuhan am.

  Perkhidmatan
Bagaimana Menubuhkan Pertubuhan ?
Suatu mesyuarat penubuhan hendaklah diadakan untuk menubuhkan pertubuhan yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah di catitkan dalam minit mesyuarat...lagi
 
Bagaimana Membuat Permohonan ?
Semua permohonan hendaklah dibuat di bawah seksyen 7(1) Akta yang disertai dengan perkara-perkara seperti berikut...
lagi
 
 
 

Statistik Pertubuhan Mengikut Negeri dan Kategori
Pertubuhan Induk
a. Jumlah Pertubuhan Berdaftar Mengikut Negeri dan Kategori

b. Rajah 1: Jumlah Pertubuhan Mengikut Negeri
c. Rajah 2: Taburan Pertubuhan Mengikut Kategori Bagi Setiap Negeri
Pertubuhan Cawangan
a. Jumlah Cawangan Berdaftar Mengikut Negeri dan Kategori
b. Rajah 3: Jumlah Pertubuhan Mengikut Negeri
c. Rajah 4: Taburan Pertubuhan Mengikut Kategori Bagi Setiap Negeri


  Info Semasa JPPM/MOHA

Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Baru
Dimaklumkan bahawa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) telah digabungkan dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam penyusunan semula Kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Mac 2008.

Dato Seri Syed Hamid Albar : Negara Aman, Selamat
Kuala Lumpur - Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa negara berada dalam keadaan aman dan selamat walaupun kebelakangan ini beberapa pihak mengadakan demonstrasi jalanan.... lagi

Pegawai-pegawai baru bertukar ke JPPM
Putrajaya - JPPM berbesar hati menerima kedatangan pegawai-pegawai baru yang bertukar ke Jabatan ini...lagi