Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

ms en

Panduan Pengurusan Pertubuhan

Contoh Undang-undang Tubuh Pertubuhan

 

Bagi pengguna yang tidak mempunyai perisian Acrobat Reader 7, sila muat turun terlebih dahulu perisian ini dari http://www.adobe.com.

Contoh Undang-undang Bagi Pertubuhan Yang Tidak Mempunyai Cawangan

Nama Fail: PERTUBUHAN YANG TIDAK MEMPUNYAI CAWANGAN.doc
Saiz: 171Kb

Contoh Undang-undang Bagi Pertubuhan Yang Tidak Mempunyai Cawangan (Bahasa Inggeris)
Nama Fail: Society Laws English Version.pdf
Saiz: 210Kb
Nama Fail: Society Laws English Version.doc
Saiz: 65Kb
  Contoh Undang-undang Bagi Pertubuhan Yang Mempunyai Cawangan
Nama Fail: PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI CAWANGAN.pdf
Saiz: 112Kb
Nama Fail: PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI CAWANGAN.doc
Saiz: 147Kb
  Contoh Undang-undang Bagi Pertubuhan Faedah Bersama
Nama Fail: PERTUBUHAN FAEDAH BERSAMA.pdf
Saiz: 77Kb
Nama Fail: PERTUBUHAN FAEDAH BERSAMA.doc
Saiz: 84Kb

 

Kelulusan Menubuhkan Cawangan Pertubuhan

 

1. PENDAHULUAN
 

Pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 boleh menubuhkan cawangan hanya jika:
(a)Undang-undang berdaftarnya mengandungi peruntukan penubuhan cawangan; dan
(b)Kebenaran bagi menubuhkan cawangan telah diperolehi terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan.

 2.  UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKUATKUASA
  (a)    Akta Pertubuhan 1966;
(b)    Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
 3.     CAWANGAN PERTUBUHAN
   

Pertubuhan yang berdaftar di bawah Seksyen 7(1), Akta Pertubuhan 1966 yang mana undang-undangnya termaktub peruntukan penubuhan cawangan boleh menubuhkan cawangannya dengan terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 12(1), Akta Pertubuhan 1966.
     

 4.  

 CARA MEMOHON MENUBUHKAN CAWANGAN

   

4.1 Tiap-tiap permohonan untuk kebenaran menubuhkan cawangan hendaklah dibuat oleh Pertubuhan Induk.

4.2 Borang permohonan untuk kebenaran penubuhan cawangan (Borang 5) boleh dimuat turun secara percuma di sini atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan Negeri.

4.3 Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
    

 

(a) salinan borang permohonan Borang 5 – Kebenaran Menubuhkan Cawangan yang disahkan dan ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

(b)surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat, jika berkenaan. (Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang, syarikat atau kilang, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah disertakan); dan  

(c) Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
5. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
 

Permohonan pendaftaran pertubuhan hendaklah dikemukakan terus kepada Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

 6.

TANGGUNGJAWAB UNTUK MENUBUHKAN CAWANGAN TEMPOH TIGA BULAN

 

6.1 Pertubuhan Induk hendaklah menubuhkan cawangannya selepas Sijil Kebenaran Menubuhkan Cawangan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dengan memanggil suatu mesyuarat penubuhan cawangan. Cawangan ini hendaklah ditubuhkan dalam tempoh 3 bulan mulai dari tarikh Sijil Kebenaran itu dikeluarkan melainkan lanjutan masa bagi penubuhannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

6.2  Pertubuhan Induk hendaklah mengemukakan semua dokumen di bawah ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri yang berkenaan selepas penubuhan Cawangan:

(a)2 salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan. Senarai ini hendaklah mengandungi butir-butir seperti nama (bagi orang Cina ditulis juga nama dalam huruf Cina), jawatan dalam cawangan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Cawangan;

(b)2 salinan Minit Mesyuarat Penubuhan Cawangan; dan
(c)salinan Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-Kira bagi tempoh semasa, (jika ada).

6.3 Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b) dan (c) hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama cawangan yang berkenaan dan ditandatanganbalas oleh seorang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
7.

RAYUAN TERHADAP PENOLAKAN PERMOHONAN KEBENARAN MENUBUHKAN CAWANGAN PERTUBUHAN

 

7.1 Di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966, mana-mana pertubuhan, pemegang jawatan atau ahli pertubuhan yang musykil dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan dalam hal penolakan permohonan pendaftaran boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Pendaftar.

7.2 Surat rayuan dan bayaran fi pemprosesan berjumlah RM50.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana alamat berdaftar pertubuhan ditetapkan.

 

Pendaftaran Bendera, Lambang, Lencana Atau Lain-Lain Insignia Pertubuhan

 

  PENDAHULUAN
  Dibawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966, sebuah pertubuhan yang berdaftar tidak boleh memakai bendera, lencana atau lain-lain insignia melainkan ia telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Mana-mana pertubuhan yang menunjukkan apa-apa  bendera, lencana atau lain-lain insignia yang tiada kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar adalah suatu kesalahan dan, apabila disabit, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit.
  Bagi maksud peruntukan Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966, pertubuhan adalah dilarang menggunakan semua atau sebahagian daripada lambang, logo atau tanda-tanda berikut sebagai lambang, bendera atau simbol pertubuhan:
  a)Bendera Kebangsaan atau lambang kebesaran Malaysia.
b)Semua lambang rasmi dan peribadi dan lambang kebesaran D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri bagi Malaysia.
c)Semua bendera negeri, lambang dan lambang kebesaran negeri-negeri Malaysia.
d)Semua lencana, bendera, lencana bahu, lambang dan lambang kebesaran Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia.
e)Semua bendera kebangsaan, lambang dan lambang kebesaran negara-negara asing.
f)Semua lencana, bendera, lencana bahu,  lambang dan lambang kebesaran Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Negara-negara asing.
g)Semua bendera, simbol, lambang, lambang kebesaran atau lencana parti-parti politik berdaftar dengan sah sama ada tempatan atau asing.
h)Satu bintang merah bucu lima.
i)Lambang sabit dan tukul yang digunakan oleh komunis.
j)Mana-mana bendera, simbol, lambang, dan lambang kebesaran atau lencana yang serupa dengan rekabentuk, warna atau perkataan mana-mana satu yang disebutkan diatas.
k)Mana-mana bendera, simbol, lambang, dan lambang kebesaran atau lencana yang bersangkut-paut atau mempunyai kepentingan dengan kongsi gelap atau pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
l)Mana-mana bendera, simbol, lambang, atau lambang kebesaran di bawah undang-undang yang berkuatkuasa dalam negeri-negeri Malaysia sebelum pelaksanaan Akta ini.
m)Bunga kebangsaan iaitu bunga raya.
n)Lambang Jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
o)Mana-mana lambang dengan nama ASEAN atau berkaitan dengan ASEAN.
p)Perkataan-perkataan “ALLAH”, “ILLAHI”,”MUHAMMAD”, “SHAHADAH” dan perkataan atau kalimah islam yang lain.
q)Lambang atau meteri rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
r)Bentuk harimau yang menyerupai binatang lambang kerajaan Malaysia.
  Oleh yang demikian, pertubuhan yang berdaftar dinasihatkan agar mendaftarkan bendera, lambang, lencana atau lain-lain insignia dengan mengemukakan pindaan undang-undang kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri masing-masing.
 

 

Pendaftaran Pegawai Awam

 

1. PENDAHULUAN
 

Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya sepertimana yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

   
2. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PEGAWAI AWAM
 

Pendaftaran Pegawai Awam boleh dikemukakan dengan cara berikut :

  (a)

2 salinan Borang 28 - Permohonan Untuk Mendaftarkan Pegawai Awam di Bawah Seksyen 9(c). Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini dan didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;

  (b)

Minit Mesyuarat yang merekodkan perlantikan salah seorang anggota pertubuhan sebagai Pegawai Awam; dan

  (c)

Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.

   
3. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENDAFTARAN PEGAWAI AWAM
 

Permohonan pendaftaran pegawai awam hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.

 

Pendaftaran Pertubuhan Induk

 

1. PENDAHULUAN
 

Pertubuhan berdaftar hendaklah berfungsi mengikut kehendak undang-undang berdaftarnya dan mematuhi sepenuhnya Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

   
2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKUATKUASA
  (a) Akta Pertubuhan 1966;
  (b) Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
   
3. TAKRIF PERTUBUHAN
 

Di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 "Pertubuhan" ditakrifkan sebagai persatuan, kelab atau badan-badan yang bergerak berasaskan keahlian mengandungi 7 orang ahli atau lebih serta mempunyai tujuan-tujuan tertentu sama ada kekal atau sementara tetapi tidak termasuk pertubuhan-pertubuhan/badan-badan yang telah disahkan pengwujudannya di bawah undang-undang lain yang berkuatkuasa di Malaysia seperti syarikat, kesatuan sekerja, koperasi dan sebagainya. Antara pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 adalah seperti di jadual :

    
Bil Nama Undang - Undang
1 Boy Scouts Association Of Malaysia (Incorporation) Act 38/68
2 Cheng Hoong Teng Temple (Incorporation) Ordinance 39/49
3 Farmer’s  Association Act 22/67
4 Fishermen’s  Association Act Act 44
5 Girl Guides  Ordinance 61/53
6 Malaysian Combined Cadet Forces Act 68/67
7 Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act (Kemudian Dikenali Sebagai Red Cresent) 47/65
8 Methodist Church In Malaysia  Ordinance 43/55
9 National  Association Of Women’s Institute Of The Federation Of Malaya  Incorporation  Ordinance 37/58
10 National  Sports Council Of  Malaysia Act 29
11 Overseas Missionary Fellowship (Incorporation)  Ordinance 22/57
12 Planter’s  Association Of Malaya (Incorporation) Fms Cap. 105
13 St. John Ambulance Of  Malaysia (Incorporated) Act Act 74
14 Planter’s Benevolent Fund Fms Cap. 106
15
Pure Life Society (Shudda Samajam) (Incorporation) Ordinance
15/57
16 Salvation Army (Incorporation) Ordinance 35/56
17 Subang Golf Course Corporation Act 26/68
18 Synod Of Diocese Of West Malaysia (Incorporation) Act Act 36
19 Universities And University Colleges Act Act 30
20 Parent Teacher’s  Association Akta Pelajaran 61
21 Youth Societies (AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007) Akta 668
   
4. BAGAIMANA MENUBUHKAN PERTUBUHAN
  4.1
Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) orang hendaklah diadakan dan nama-nama mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat.

*Wakil daripada sekurang-kurangnya 7 negeri berlainan hendaklah hadir dalam mesyuarat ini bagi memenuhi syarat penubuhan pertubuhan peringkat kebangsaan. Mereka perlu dilantik sebagai AJK penaja
  4.2
Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan berikut:
   
(a)
bersetuju menubuhkan pertubuhan;
   
(b)
meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan);
   
(c)
menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan;
   
(d)
melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan; dan
     
   
Sediakan senarai AJK Penaja yang mengandungi butir-butir:
   
-
nama penuh seperti dalam myKad;
    -
jawatan dalam pertubuhan;
    -
nombor kad pengenalan;
    -
tarikh lahir dan tempat lahir (daerah);
    -
pekerjaan;
    -
emel;
    -
nombor telefon (Rumah/Bimbit/Pejabat);
    -
nama dan alamat majikan; dan
    -
alamat rumah kediaman semasa bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
       
   
   
Sila pastikan semua ahli Jawatankuasa bagi Pertubuhan tidak hilang kelayakan memegang jawatan di bawah Seksyen 9A dan Seksyen 49 Akta Pertubuhan 1966
       
   
(e)
meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang hendak didaftarkan termasuk lambang, bendera, lencana dan lain-lain tanda yang berwarna bersama dengan keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika berkenaan).
     
  4.3
Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit Mesyuarat Penubuhan) pertubuhan serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan
   
 5. CARA MEMOHON PENDAFTARAN PERTUBUHAN
  5.1 Setiausaha Penaja hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem eROSES di www.eroses.gov.my. Sila rujuk Panduan Pengguna eROSES untuk maklumat lanjut.
  5.2

Bayaran Fi sebanyak RM30.00 dan boleh dibayar melalui kaedah berikut:

   
(a)
Kaunter Jabatan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri di sini.
   
(b)
Online Payment: Bayaran secara on-line melalui kemudahan Akaun Debit (FPX) sekiranya anda mempunyai akaun perbankan internet di bank bawah MEPS FPX iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank.
   
6. CARA SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN SELEPAS BAYARAN
 

Notis pemberitahuan keputusan akan dihantar ke emel Setiausaha Penaja. Anda juga boleh merujuk ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri di mana alamat berdaftar pertubuhan ditetapkan. Rujuk no. telefon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri di sini. sini.

   
  PERINGATAN
   

Pengguna yang ingin mendaftarkan Perlembagaan sendiri hendaklah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk semakan Perlembagaan terlebih dahulu. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri di sini.

 

Pengesahan Pegawai Harta

 

1. PENDAHULUAN
 

Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa harta tak alih sesuatu pertubuhan boleh, jika tidak didaftarkan di atas nama pemegang amanah, diuruskan oleh tiga pemegang jawatan utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

   
2. CARA MENGEMUKAKAN PENGESAHAN PEGAWAI HARTA
 

Pelantikan pegawai harta perlu disahkan dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :

  (a)
2 salinan Borang 29 - Permohonan Perakuan Pengesahan Di Bawah Seksyen 9(b) . Borang yang berkenaan boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;
  (b)
Minit Mesyuarat yang merekodkan perlantikan pemegang-pemegang jawatan sebagai pegawai-pegawai harta;
  (c) Senarai lengkap pemegang-pemegang jawatan;
  (d)
Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
   
3. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENGESAHAN PEGAWAI HARTA
 
Pengesahan pegawai harta hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.

 

Penghantaran Penyata Tahunan

 

1. PENDAHULUAN
 

Adalah menjadi kewajipan setiap pertubuhan untuk mengemukakan Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya atau sekiranya tiada sesuatu Mesyuarat Agung diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.

   
2. CARA MENGHANTAR PENYATA TAHUNAN
 

Penyata Tahunan hendaklah mengandungi maklumat yang benar dan lengkap seperti berikut:-

 

  (a)

Dua (2) salinan Borang 9 - Maklumat Yang Perlu Diberi Tiap-Tiap Tahun oleh Pertubuhan Dan Cawangan-Cawangan Pertubuhan Berdaftar Mengikut Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan, 1966. Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;

  (b) Nama dan alamat tempat urusan;
  (c)

Tiga (3) salinan senarai yang lengkap menunjukkan jawatan, nama (bagi kaum Cina di dalam tulisan Cina hendaklah juga dituliskan), nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan bagi semua pemegang jawatan utama dan pemegang jawatan selain Jawatankuasa Pengelola; Format Senarai Jawatankuasa dan Contoh;

  (d) Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan; Contoh Minit Mesyuarat Agung;
  (e)

Dua (2) salinan Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-Kira untuk tahun Kewangan; Contoh Penyata Kewangan;

  (f)

Dua (2) salinan maklumat mengenai sebarang harta tak alih yang dimiliki;

  (g) Dua (2) salinan nama dan alamat mana-mana organisasi di luar Malaysia yang menjadi ahli gabungan;
  (h)

Dua (2) salinan maklumat sebarang wang atau harta, apa-apa faedah pekuniari atau keuntungan yang diterima oleh pertubuhan daripada mana-mana orang, organisasi, pihak berkuasa, kerajaan atau agensi di luar Malaysia ; dan

  (i)

Empat (4) salinan pindaan kepada undang-undang tubuh pertubuhan yang dibuat semenjak penyata tahunan yang berakhir (bagi pertubuhan induk sahaja).

 

 3. HURAIAN
  (a) 2(dua) salinan adalah dikehendaki dan tiap-tiap satu salinan serta lampiran-lampiran mestilah ditandatangani oleh 2(dua) orang pemegang jawatan utama Pertubuhan. *Bagi Cawangan hendaklah ditandatangani timpal oleh seorang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang-pemegang jawatan utama ialah Yang DiPertua atau Pengerusi, Naib Yang DiPertua atau Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
 

(b)

Pemegang Jawatan termasuklah :-

  • Ahli mana-mana jawatankuasa kecil atau badan-badan lain yang ditubuhkan atau  dibentuk oleh badan pengelola sesuatu pertubuhan berdaftar atau oleh badan pengelola cawangan pertubuhan itu;
  • Seseorang yang sedikit sebanyak bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal atau perjalanan apa-apa aktiviti, sesuatu pertubuhan berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan itu;
  • Seseorang yang dilantik atau diberi kuasa untuk mewakili atau bertindak bagi pihak, sesuatu pertubuhan berdaftar, atau mana-mana cawangan pertubuhan itu, dalam apa-apa perkara, lain daripada seseorang yang tidak menjadi ahli pertubuhan itu,      diambil bekerja oleh pertubuhan itu untuk mewakili atau bertindak bagi pihak sesuatu pertubuhan berdaftar, atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau sifat profesionalnya atau mengikut pekiraan kontrak.
 

(c)

Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1996

 

 

Tertakluk kepada seksyen kecil (2), seseorang adalah hilang kelayakkan daripada menjadi dan tidak boleh menjadi  atau terus menjadi pemegang jawatan, penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan berdaftar :-

  • Jika ia telah disabit melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini; atau
  • Jika ia telah disabitkan melakukan apa-apa kesalahan dibawah mana-mana undang-undang lain dan telah dijatuhkan hukuman denda tidak kurang daripada 2(dua) ribu ringgit Malaysia atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada 1(satu) tahun; dan
  • Jika ada dikuatkuasakan terhadapnya apa-apa perintah tahanan, sekatan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran dibawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan atau ketenterama awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau berhubung dengan pencegahan jenayah, tahanan kerana keselamatan, kediaman terhad, buang negeri atau imigresen; atau
  • Jika ia adalah si bankrap yang belum dilepaskan; atau
  • Jika ia adalah dan telah didapati atau ditetapkan sebagai tak sempurna akal
 

(d)

Hilang kelayakkan bagi seseorang di bawah perenggan (c).ii di atas adalah terhenti apabila tamat tempoh 5(lima) tahun mulai tarikh orang yang disabitkan itu dilepaskan dari jagaan atau tarikh denda tersebut dikenakan mengikut mana yang berkenaan.

 

4.

DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENGHANTARAN PENYATA TAHUNAN

 

Penghantaran penyata tahunan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Sila rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.

 

Permintaan Supaya Dibatalkan Perakuan Pendaftaran

 

1. CARA MEMOHON PEMBUBARAN PERTUBUHAN
  1.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
    (a) Dua (2) salinan borang permohonan Borang 6 - Permintaan Supaya Dibatalkan Perakuan Pendaftaran yang sempurna diisi dan ditandatangani oleh tujuh (7) orang ahli biasa dan seorang pemegang jawatan utama pertubuhan;
    (b)

Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Agung* pembubaran yang mengandungi usul dan cara menyelesaikan baki wang/ harta serta ditandatangani oleh dua (2) orang pemegang jawatan utama pertubuhan;

    (c)

Mengemukakan Penyata Tahunan dan Senarai Jawatankuasa yang terakhir;

    (d)

Mengemukakan dua (2) salinan Penyata Kewangan Terakhir; dan

    (e)

Mengembalikan Sijil Asal Pendaftaran atau surat perakuan kehilangan Sijil Pendaftaran (jika berkenaan).

   

Nota: *Mesyuarat Agung perlulah mematuhi peruntukan pembubaran dalam undang-undang tubuh atau Seksyen 9(h) Akta Pertubuhan 1966.

  1.2

Borang permohonan bagi pembubaran pertubuhan (Borang 6) boleh dimuat turun di sini  atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.

   
2. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
 

Permohonan pembubaran pertubuhan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri mengikut alamat berdaftar pertubuhan dalam tempoh yang ditetapkan di dalam undang-undang tubuh pertubuhan. Rujuk alamat Jabatan Pertubuhan Negeri di sini.

 

Permohonan Untuk Membuat Carian/Mendapatkan Dokumen

 

1. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN UNTUK MEMBUAT CARIAN/MENDAPATKAN DOKUMEN
 

Permohonan carian maklumat boleh dikemukakan dengan cara berikut :

  (a)

1 salinan Borang 27 - Permohonan Untuk Membuat Carian/Mendapatkan Dokumen. Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri; dan

  (b)

Fi dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang mengikut jenis permohonan seperti berikut:

    Jenis Permohonan Fi
   

Apa-apa permohonan untuk suatu salinan diperakui mana-mana dokumen yang diberi kepada sesuatu pertubuhan oleh Pendaftar.

RM10.00 bagi tiap-tiap salinan
    Bagi membuat salinan-salinan diperakui mana-mana dokumen yang difailkan di bawah Akta. RM2.00 bagi tiap-tiap muka
    Bagi memeriksa dokumen-dokumen sesuatu pertubuhan yang ada dalam milik Pendaftar atau Penolong Pendaftar. RM10.00
    Apa-apa permohonan bagi maklumat mengenai nama dan/atau alamat sesuatu pertubuhan. RM2.00
  (c)

Walau bagaimanapun, tiada apa-apa fi akan dikenakan sekiranya maklumat mengenai sesuatu pertubuhan dikehendaki bagi sesuatu maksud rasmi oleh mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasa berkanun atau lain-lain agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri, atau pihak berkuasa tempatan, sebagaimana diluluskan oleh Pendaftar.

   
3. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN CARIAN MAKLUMAT/MENDAPATKAN DOKUMEN
 

Permohonan pendaftaran pegawai awam hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini

 

Pindaan Undang-Undang Tubuh

 

1. PENDAHULUAN
  1.1

Di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966, sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 hanya boleh meminda undang-undang tubuhnya serta melaksanakan sebarang pindaan selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan. Pindaan undang-undang ini termasuklah menukar nama pertubuhan, alamat tempat urusan dan pindaan sebahagian/menyemak semula keseluruhan undang-undang berdaftarnya.

  1.2

Pertubuhan berdaftar tidak boleh meminda undang-undang tubuhnya dengan sewenang-wenangnya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan ahli-ahli mengikut peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang tubuhnya.

   
2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKUATKUASA
  (a) Akta Pertubuhan 1966;
  (b) Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
   
3. MAKSUD PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
 

Sesuatu pertubuhan berdaftar boleh meminda undang-undang tubuhnya di dalam keadaan berikut:

  (a)

Penukaran nama pertubuhan/cawangan pertubuhan (dengan syarat penukaran ini tidak mengubah corak dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya).

  (b)

Penukaran alamat tempat urusan atau alamat pos pertubuhan/cawangan pertubuhan.

  (c)

Pindaan ke atas mana-mana peruntukan atau sebahagian atau keseluruhan daripada peruntukan di dalam undang-undang pertubuhan, tetapi dengan syarat pindaan itu tidak mengubah corak dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya.

  (d)

Pendaftaran undang-undang baru pertubuhan bagi menggantikan undang-undang yang telah berdaftar.

  (e)

Kebenaran menggunakan bendera, simbol, lambang, lencana atau lain-lain tanda pertubuhan di bawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966.

   
4. SYARAT-SYARAT PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
  4.1

Setiap pindaan undang-undang tubuh sepertimana dinyatakan di perenggan 3 hendaklah diluluskan mengikut peruntukan mengenai pindaan undang-undang di dalam undang-undang tubuh pertubuhan.

  4.2

Setiap permohonan pindaan undang-undang tubuh hendaklah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Pertubuhan Negeri (Pengarah Negeri) dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan untuk meminda undang-undang tubuh.

   
5. CARA MEMOHON PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
  5.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
    (a)

4 salinan borang permohonan Borang 10 - Permohonan Menukar Nama/Alamat/Meminda Undang-Undang/Lambang/Bendera/Lencana dan Lain-Lain Tanda untuk Pertubuhan Induk atau 2 salinan Borang 10A - Permohonan Menukar Nama/Alamat Cawangan Pertubuhan. Borang 10 yang berkenaan boleh dimuat turun di sini dan Borang 10A boleh dimuat turun di sini. Borang-borang ini boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;

    (b)

2 salinan Minit Mesyuarat yang meluluskan pindaan undang-undang tubuh berkenaan;

    (c)

5 salinan kertas pindaan yang mengandungi cadangan pindaan undang-undang tubuh atau 6 salinan undang-undang tubuh yang baru (jika undang-undang tubuh hendak dipinda secara keseluruhan);

    (d)

Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.

    (e)

7 salinan contoh bendera, simbol, lambang, lencana atau lain-lain tanda yang berwarna berserta dengan huraian lengkap mengenai reka bentuk dan makna bagi tiap-tiap tanda dan/atau warnanya (jika berkenaan).

  5.2

Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c) dan (e) di atas, hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama pertubuhan. Bagi permohonan penukaran nama/alamat cawangan pertubuhan, permohonan ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

   
6. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
 

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindaan undang-undang tubuh hendaklah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.