Perkhidmatan | Aplikasi yang Berkaitan |
PEJABAT BERGERAK
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan telah mengadakan program Pejabat Bergerak pada 21 Februari 2016 di Majlis Daerah Rantau Panjang.Program ini telah disertai seramai 11 orang dari 5 buah pertubuhan
Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pertubuhan samada setiausaha ataupun ahli pertubuhan itu sendiri akan kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam mentadbir serta mengurus persatuan dengan betul. Selain itu,program ini juga memberi tunjuk ajar kepada setiausaha terutama yang kurang mahir dalam penggunaan computer.
Pertubuhan yang terlibat juga diajar untuk menyemak penyata tahunan yang telah dihantar melalui sistem eRoses.Bukan itu sahaja,pihak JPPM Kelantan juga telah memberi khidmat nasihat tentang cara-cara mentadbir pertubuhan dengan cara yang betul .Pertubuhan-pertubuhan dinasihatkan semua sentiasa menyemak buku resit,buku ahli,buku yuran serta rekod kewangan pertubuhan.Bahkan,pertubuhan dinasihatkan supaya menyemak setiap minit mesyuarat samada mesyuarat ajk ataupun mesyuarat agung agar kehadiran ahli sentiasa mencukupi dana dipatuhi sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang tubuh persatuan itu sendiri.
Program ini juga diadakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh setiausaha ataupun ahli persatuan dalam mengurusakan persatuan.
PROMOSI BERPERSATUAN
Pada hari tersebut juga,pihak JPPM Negeri Kelantan telah mengadakan Promosi Berpersatuan di Stesen Kereta Sewa Rantau Panjang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Promosi Berpersatuan ini adalah satu amalan dan budaya JPPM bagi mendekati masyarakat di luar sana. Antara lain program ini memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang kesalahan menganggotai mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar.
Tinjuan mendapati pengunjung lebih selesa dan memberi maklumbalas yang baik dengan usaha jabatan ini memandangkan mereka tidak perlu ke pejabat untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.