Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Pejabat Bergerak dan Promosi Berpersatuan JPPM Kelantan untuk bulan Januari

PEJABAT BERGERAK

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan program Pejabat Bergerak  pada 19 Januari 2016 di Politeknik Jeli,Kelantan.Program ini telah disertai seramai 18 orang dari 10 buah pertubuhan

Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pertubuhan samada setiausaha ataupun ahli pertubuhan itu sendiri akan kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam mentadbir serta mengurus persatuan dengan betul. Selain itu,program ini juga memberi tunjuk ajar kepada setiausaha terutama yang kurang mahir dalam penggunaan computer.

Pertubuhan yang terlibat juga diajar untuk  menyemak penyata tahunan yang telah dihantar melalui sistem eRoses.Bukan itu sahaja,pihak JPPM Kelantan juga telah memberi khidmat nasihat tentang cara-cara mentadbir pertubuhan dengan cara yang betul .Pertubuhan-pertubuhan dinasihatkan semua sentiasa menyemak buku resit,buku ahli,buku yuran serta rekod kewangan pertubuhan.

 

PROMOSI BERPERSATUAN

Pada hari tersebut juga,pihak JPPM Negeri Kelantan telah mengadakan  Promosi Berpersatuan di Stesen Kereta Sewa Jeli Kelantan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Promosi Berpersatuan ini adalah satu amalan dan budaya JPPM bagi mendekati masyarakat di luar sana. Antara lain program ini memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang kesalahan menganggotai mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar.

Tinjuan mendapati pengunjung lebih selesa dan memberi maklumbalas yang baik dengan usaha jabatan ini memandangkan mereka tidak perlu ke pejabat untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.