Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL.11/2015

Kursus Pengurusan Pertubuhan Bil.11/2015 ini telah diadakan di Bilik Persidangan Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Melaka. Objektif utama kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan berkenaan konsep asas dan tadbir urus pertubuhan kepada pemegang jawatan dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan. Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada 26 buah persatuan telah menghadiri program ini.