Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti JPPM Kelantan Bil.3/2015

Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Bil.3/2015 telah diadakan pada 13 Ogos 2015 di Dewan Misai Kucing, Bangunan FAMA, RTC Tunjong Kota Bharu dibawah kelolaan Unit Pengurusan Pertubuhan JPPM Negeri Kelantan. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Puan Khairulniza Binti Noordin, Pegawai Pendaftaran JPPM Negeri Kelantan. Seramai 101  orang peserta yang terdiri daripada 52 pertubuhan telah mengadiri program ini. Tujuan program ini adalah cara Pengendalian Mesyuarat Agung dan menuntut supaya pertubuhan mematuhi akta dan perlembagaan tubuh pertubuhan disamping dapat mendekatkan pertubuhan dengan masyarakat setempat.