Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,
 
Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
 
Dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi  Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Kementerian Sumber Manusia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 05 Jun 2015 (Jumaat)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama JPPM,
               Aras 3, Blok B, Bangunan Chancery Place, Presint Diplomatik, Putrajaya
 
Sehubungan dengan itu, seluruh warga JPPM Ibu Pejabat adalah dijemput untuk menghadiri sesi Taklimat tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan.