Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Struktur dan Carta Organisasi

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) beribu pejabat di Putrajaya dan mempunyai 14 buah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) di semua negeri di Malaysia serta sebuah Pejabat Cawangan Kecil di Miri, Sarawak.

JPPM diketuai oleh Pendaftar Pertubuhan dan dibantu oleh seorang Timbalan Pendaftar Pertubuhan. JPPN pula diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar Pertubuhan dan Cawangan Kecil Miri diketuai oleh seorang Pegawai Pendaftaran Pertubuhan yang bertanggungjawab kepada Penolong Pendaftar Pertubuhan Negeri Sarawak. JPPN tersebut adalah JPP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pahang, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Cawangan Kecil Miri, Sarawak.

Manakala di Ibu Pejabat JPPM terdapat empat (4) bahagian yang mempunyai tugas tersendiri iaitu Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Penguatkuasaan, Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan dan Pengurusan Teknologi Maklumat.

CARTA ORGANISASI