Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Perutusan Ketua Pengarah

 

  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Negaraku Malaysia,
 

Matlamat utama laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibangunkan sebagai mekanisme penyampaian maklumat perkhidmatan Jabatan kepada seluruh masyarakat.  Oleh yang demikian, laman web ini juga merupakan saluran utama bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan dengan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan agar bermanfaat kepada rakyat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa.

 

Sejajar dengan cabaran masa kini yang dikenali sebagai “Revolusi Perindustrian ke-4” menghasilkan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi kurun ke-21 yang telahpun mengubah senario dan cara hidup manusia.   Perkembangan ini mendesak semua pihak termasuk agensi kerajaan untuk menangani peralihan ini dengan lebih matang.  Setiap perkembangan dan perubahan persekitaran dalam masyarakat masa kini mestilah dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan dijadikan hala tuju kepada pembangunan ekonomi negara.

 

Warga Jabatan ini sentiasa bersikap proaktif dan profesional dalam penyampaian perkhidmatan dengan menyediakan maklumat yang boleh dijadikan rujukan termasuklah prosedur penubuhan sesebuah persatuan, pindaan terhadap undang-undang pertubuhan, borang-borang, statistik pertubuhan, berita terkini jabatan dan jenis-jenis kategori pertubuhan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

 

Jabatan ini mengharapkan maklum balas dan sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan perkhidmatan melalui alamat e-mel yang disediakan. Selain itu, saya juga berbesar hati menerima sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik laman web ini.

 

Dengan penuh pengharapan,  semoga pengguna laman web ini dapat memperolehi manfaat melalui maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dan memperoleh panduan kepada urus tadbir pertubuhan yang berkesan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

 

Surayati binti Ibrahim

Ketua Pengarah

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia