Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Kod Etika Jabatan

PROFESIONALISME

Ciri-ciri:

  • Mempunyai komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.
  • Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.
  • Menjalankan tugas tanpa pilih kasih, objektif dan tidak mementingkan diri.
  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
  • Bertanggungjawab memastikan tugas yang dilaksanakan mematuhi peraturan, prosidur dan piawaian yang ditetapkan.

BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN

Ciri-ciri:

  • Bertindak ke arah mencapai visi dan misi Jabatan.
  • Sentiasa melibatkan diri dan memberikan sumbangan dalam aktiviti Jabatan.
  • Berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu pengetahuan.
  • Sentiasa menjaga imej Jabatan.
  • Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama serta saling hormat-menghormati.

BERORIENTASIKAN PERKHIDMATAN

Ciri-ciri: 

  • Sentiasa peka dan mengutamakan pelanggan.
  • Sentiasa melaksanakan tugas dengan segera (sense of urgency) dan melakukan yang terbaik untuk    mencapai kecemerlangan.
  • Sentiasa berdedikasi dan mengamalkan disiplin yang tinggi.
  • Mengamalkan ciri-ciri kreativiti dan inovasi.

BERHEMAH DAN BERWIBAWA

Ciri-ciri:   

  • Sentiasa jujur, amanah dan berakauntabiliti.
  • Sentiasa bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama.
  • Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
  • Sentiasa tenang dan sabar serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
  • Bersedia menerima teguran dan kritikan membina.
  • Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa serta luhur.