Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Bahagian-bahagian Jabatan

Pengurusan Pertubuhan

Bahagian Pengurusan Pertubuhan merupakan bahagian yang melaksanakan tugas-tugas ‘core business’ Jabatan kecuali tugas yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap aduan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras bagi semua aktiviti-aktiviti ‘core business’ yang dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) bagi mengelakkan ketidakseragaman proses antara 14 buah cawangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di setiap negeri.

FUNGSI

Antara tugas-tugas ’core business’ yang dilaksanakan di JPPN adalah:

  • Memproses permohonan pendaftaran semua pertubuhan;
  • Memproses permohonan kebenaran bergerak sementara semua pertubuhan;
  • Memproses semua permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang dan tanda lain kecuali parti politik;
  • Memproses semua permohonan pengesahan pegawai harta;
  • Memproses semua permohonan pendaftaran pegawai awam;
  • Memproses semua permohonan pelantikan juruaudit luar bagi pertubuhan faedah bersama;
  • Memproses semua permohonan untuk menaikkan jumlah perbelanjaan pentadbiran bagi pertubuhan faedah bersama;
  • Memproses semua permohonan bagi melabur dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  • Menyemak penyata tahunan yang dikemukakan; dan
  • Mengambil tindakan pembubaran sementara.

JPPN akan memanjangkan kepada BPP permohonan pendaftaran pertubuhan dan bergerak sementara bagi pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan perhatian Ibu Pejabat seperti berikut:

  • Pertubuhan-pertubuhan Agama;
  • Pertubuhan-pertubuhan berkaitan perdagangan termasuk institusi kewangan, pembinaan/pengilang dan Dewan Perniagaan/Usahawan;
  • Pertubuhan-pertubuhan politik; dan
  • Pertubuhan-pertubuhan berkaitan alam sekitar, pengguna dan persahabatan antarabangsa.

Selain itu, BPP juga menjalankan tugas-tugas berikut:

  • Memproses permohonan kebenaran penubuhan cawangan;
  • Menguruskan rayuan pertubuhan kepada Menteri Dalam Negeri;
  • Mengambil tindakan pembubaran pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(a);
  • Mengambil tindakan pembatalan pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(d);
  • Memproses permohonan kebenaran memegang jawatan kepada individu yang dilarang memegang jawatan; dan
  • Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada yang berkaitan dengan pertubuhan supaya selaras dengan perkembangan semasa.

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9,

Blok D7,Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya,
(Bahagian Pengurusan Pertubuhan)

Tel : +603-8890 5776 / +603-8889 5778 / +603 8890 5772

Faks: +603-8889 3689

Pematuhan

Bahagian Pematuhan bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan setiap pertubuhan yang berdaftar menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut undang-undang berdaftar pertubuhan dan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966. Bahagian Pematuhan terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Operasi Penguatkuasaan dan Cawangan Siasatan.

FUNGSI

Cawangan Operasi Penguatkuasaan

  • Menjalankan kerja-kerja risikan ke atas pertubuhan jika terdapat maklumat yang menunjukkan wujud pertubuhan haram atau menyalahi undang-undang.
  • Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan samada bernotis atau mengejut di premis-premis pertubuhan berkenaan.

Cawangan Siasatan

  • Menjalankan siasatan dan pendakwaan berhubung dengan kesalahan atau pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
  • Menyiasat dan menyelaras kes-kes aduan yang diterima daripada kalangan ahli persatuan, Biro Pengaduan Awam (BPA), Badan Pencegah Rasuah (BPR), Polis dan sumber-sumber lain.
  • Menjalankan operasi lawatan atau pemeriksaan mengejut ke atas pertubuhan-pertubuhan berdaftar.

PEMERIKSAAN

  • Pemeriksaan Bernotis dilakukan berdasarkan peruntukan Seksyen 63 Akta Pertubuhan 1966 di mana notis dikeluarkan terhadap sesuatu pertubuhan. Notis tersebut dinyatakan tarikh, waktu, tempat pemeriksaan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pertubuhan.
  • Pemeriksaan Tanpa Notis pula adalah mengikut Seksyen 64 Akta Pertubuhan 1966 di mana pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas sesuatu pertubuhan apabila aduan mengenai pertubuhan berkenaan diterima oleh pihak Jabatan. Pihak pengurusan sesebuah pertubuhan perlu menyediakan segala dokumen yang diminta oleh pegawai pemeriksa semasa pemeriksaan dijalankan ke atas pertubuhan mereka.
  • Kedua-dua prosedur pemeriksaan ini dijalankan bertujuan memastikan pengurusan pertubuhan termasuk kewangan persatuan diuruskan dengan teratur dan mematuhi keperluan-keperluan undang-undang berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966.

SIASATAN

Aktiviti siasatan adalah melibatkan aduan-aduan yang diterima terhadap pertubuhan. Aduan-aduan diterima seringkali berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh Pengerusi Pertubuhan, penyelewengan wang pertubuhan dan perasaan tidak puas hati akibat pemecatan dari jawatan dalam pertubuhan.

Kategori 1

Aduan terhadap perlanggaran peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut :-

  • Mengubah alamat pertubuhan tanpa kelulusan Pendaftar.
  • Menghantar maklumat palsu kepada Pendaftar.
  • Menggunakan logo atau lambang tanpa kelulusan Pendaftar.

Kategori 2

Aduan terhadap perlanggaran undang-undang tubuh persatuan. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut:-

  • Mesyuarat agung tidak mengikut prosedur.
  • Tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan.

PENDAKWAAN

Kesalahan-kesalahan berikut telah dilakukan oleh pertubuhan menyebabkan tindakan pendakwaan di atas diambil :

  • Memindahkan tempat urusan pertubuhan tanpa kebenaran. Kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(a) A.P 1966.
  • Menggunakan logo tanpa kebenaran. Kesalahan di bawah Seksyen 50 A.P 1966.
  • Mengemukakan maklumat palsu. Kesalahan di bawah Seksyen 54A A.P 1966.
  • Menjalankan aktiviti sebelum pendaftarannya diluluskan. Kesalahan di bawah Seksyen 6(2) A.P 1966.
  • Pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya tetapi masih meneruskan kegiatan. Kesalahan di bawah Seksyen 42 A.P 1966.

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9,

Blok D7,Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya,
(Bahagian Pengurusan Pertubuhan)

Tel : +603-8890 5776 / +603-8889 5778 / +603 8890 5772

Faks: +603-8889 3689

Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan bertanggungjawab mengurus hal-hal kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modul insan berkaitan dengan Jabatan. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan terbahagi kepada tiga cawangan iaitu Cawangan Kewangan, Cawangan Pentadbiran dan Cawangan Sumber Manusia.

FUNGSI

Cawangan Kewangan

  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan, mengawal perbelanjaan, menyediakan penyata perbelanjaan bulanan, menyemak flimsy, menandatangani baucer-baucer, waran perjalanan pegawai/kakitangan serta mengawas buku Vot.
  • Mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelian dan kawalan stor juga mengawal alat inventori.
  • Menyelaras panjar wang runcit dan menandatangani buku tunai dan resit.
  • Mengurus pembayaran bil-bil pesanan tempatan, tempahan tiket keretapi, kapal terbang, bas termasuk pembayaran.
  • Menyediakan penyata caruman KWSP, penyata kutipan hasil bulanan.
  • Mengurus hal-hal berkaitan pinjaman kenderaan, perumahan, pendahuluan diri, komputer dan lain-lain.
  • Mengurus perkara-perkara yang perlu dibincang dengan Jabatan Akauntan Negara dan menyediakan cadangan jawapan bagi pertanyaan audit.

Cawangan Pentadbiran

  • Bertanggungjawab menyelia dan mengawas kakitangan Gunasama keseluruhannya termasuk urusan kerja seharian, disiplin dan tatatertib.
  • Menyelaras, menyelia dan menyemak Laporan Bulanan Kad Perakam Waktu pada setiap bulan.
  • Menyelaras dan mengedarkan semua surat Pekeliling dari Ibu Pejabat serta mengemaskini Pekeliling tersebut.
  • Menyediakan Laporan maklumbalas kepuasan pelanggan.
  • Mengurus dan mendapatkan kelulusan memandu kenderaan Jabatan untuk pegawai-pegawai di Cawangan.
  • Mengurus pergerakan fail dan surat menyurat yang diterima dan keluar dari masa ke semasa.
  • Mengurus dan menyelenggara kenderaan Jabatan, kelengkapan pejabat termasuk perabot, alat tulis, kemudahan pemasangan telefon serta urusan pelupusan barang-barang.
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan bangunan pejabat, kebersihan dan kemudahan telefon.
  • Menyemak dan menyelaras dan mentukan Laporan Nilaian Prestasi pegawai/kakitangan disediakan dengan lengkap.

Cawangan Sumber Manusia

  • Menyelaras dan memastikan semua hal berkaitan dengan rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan dikemaskini setiap masa.
  • Menyemak dan menandatangani Laporan Perubahan Kew. 8 pegawai/kakitangan.
  • Mengumpul dan mengendalikan juga menyediakan urusan berkaitan dengan pengisian jawatan, pelepasan/perletakan jawatan, bersara, tatatertib dan pengisytiharaan harta.
  • Menyediakan senarai pegawai lantikan baru untuk menduduki Induksi Umum dan Kursus dan menghantar nama ke bahagian Latihan.
  • Mengumpul, menyedia dan memproses permohonan penanggungan kerja.
  • Mengemaskini data dalam sistem HRMIS.
  • Menguruskan permohonan cuti kakitangan.

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3, Blok B
Bangunan Utama Chancery Place
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik
62542 PUTRAJAYA
(U.P: Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Telefon : 03 - 8888 5779 / 8889 5778 / 8890 5776
No. Faks : 03-88893706

Pengurusan Teknologi Maklumat

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara sistem maklumat berkomputer dan elemen berkaitan ICT Jabatan bagi memenuhi keperluan semasa. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Analisis dan Cawangan Teknikal.

FUNGSI

Cawangan Analisis

  • Mengkaji, membangun, menyelenggara, memantau Sistem Elektronik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (eROSES) secara dalaman.
  • Membangun, mengemaskini, memantau, kajian semula Portal Jabatan supaya sentiasa memberi maklumat terkini dan boleh dicapai sepanjang masa
  • Mengkaji, membangun, menyelenggara, memantau Sistem Tempahan Kenderaan Sistem 
  • Mengkaji, membangun, menyelenggara, memantau Sistem eSurat
  • Mentadbir dan memantau Sistem  MyMesyuarat KDN
  • Memberi khidmat sokongan dan penggunaan sistem aplikasi Jabatan dan aplikasi lain di bawah EG*Net
  • Menjalankan backup dan restore bagi Sistem Jabatan 
  • Meja bantuan teknikal berkaitan aplikasi Jabatan 
  • Memastikan perkhidmatan MySMS JPPM berjalan lancar
  • Membangunkan projek yang berkaitan multimedia
  • Membantu pengurusan keselamatan ICT bagi aplikasi Jabatan

Cawangan Teknikal

  • Memantau dan mentadbir rangkaian LAN yang digunakan di Ibu Pejabat dan 15 cawangan JPPM Negeri.
  • Menyelenggara, memantau dan mentadbir  Bilik Server JPPM
  • Memantau dan menyelenggara Sistem Biometrik bagi kehadiran pegawai JPPM
  • Mentadbir dan membuat pemasangan Anti Virus bagi Ibu Pejabat dan 15 Cawangan Negeri
  • Menguruskan rekod pendaftaran, penyelenggaraan pelupusan aset ICT
  • Menyelenggara, memantau dan mentadbir Perisian bagi Desktop Management Sistem bagi Ibu Pejabat dan 15 Cawangan Negeri
  • Menguruskan dan mengendalikan prosedur bagi Persijilan ISMS Jabatan
  • Menyelenggara, memantau dan mentadbir email Jabatan
  • Mengkaji, merancang keperluan perolehan perkakasan  dan perisian Jabatan
  • Memastikan aplikasi EG*Net seperti eSPKB, ePerolehan, SPP II, eTerimaan sentiasa beroperasi dengan lancar
  • Mentadbir aplikasi EG*Net bagi  ePerolehan
  • Memantau, mengurus dan menyelenggara Sistem Pengurusan Aset JPPM
  • Menyelenggara perkakasan dan peralatan ICT di Ibu Pejabat dan 15 cawangan Negeri
  • Menjalankan backup dan restore  bagi semua aplikasi  Jabatan  
  • Menjalankan kursus teknikal  dan latihan dalaman bagi pegawai Jabatan 
  • Helpsdesk teknikal ICT

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3, Blok B,
Bangunan Chancery Place
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik
62542 PUTRAJAYA
(U.P: Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat)
Telefon : 03-8881 1425 / 1426 / 1427 /1410
No. Faks : 03-8889 3706