Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Dasar Privasi Dalam Talian

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. 

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.  

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila:

  • Mendapat kebenaran berbuat demikian.
  • Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
  • Pihak JPPM mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

Bagi permohonan untuk membuat carian atau mendapatkan dokumen,sila muat turun borang permohonan di sini dan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang berdekatan.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.