Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  Perkhidmatan
     
 Portal  Internet

Pendaftaran Pegawai Awam
Oleh : admin   Tarikh : 23/06/2008

1. PENDAHULUAN
 

Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya sepertimana yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

   
2. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PEGAWAI AWAM
 

Pendaftaran Pegawai Awam boleh dikemukakan dengan cara berikut :

  (a)

2 salinan Borang 28 - Permohonan Untuk Mendaftarkan Pegawai Awam di Bawah Seksyen 9(c). Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;

  (b)

Minit Mesyuarat yang merekodkan perlantikan salah seorang anggota pertubuhan sebagai Pegawai Awam; dan

  (c)

Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.

   
3. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENDAFTARAN PEGAWAI AWAM
 

Permohonan pendaftaran pegawai awam hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.