| 1. |
PENDAHULUAN |
| |
Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa harta tak alih sesuatu pertubuhan boleh, jika tidak didaftarkan di atas nama pemegang amanah, diuruskan oleh tiga pemegang jawatan utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
|
| |
|
| 2. |
CARA MENGEMUKAKAN PENGESAHAN PEGAWAI HARTA |
| |
Pelantikan pegawai harta perlu disahkan dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :
|
| |
(a) |
2 salinan Borang 29 - Permohonan Perakuan Pengesahan Di Bawah Seksyen 9(b) . Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;
|
| |
(b) |
Minit Mesyuarat yang merekodkan perlantikan pemegang-pemegang jawatan sebagai pegawai-pegawai harta;
|
| |
(c) |
Senarai lengkap pemegang-pemegang jawatan; |
| |
(d) |
Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
|
| |
|
| 3. |
DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENGESAHAN PEGAWAI HARTA |
| |
Pengesahan pegawai harta hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.
|