| 1. |
PENDAHULUAN |
| |
_Pertubuhan_ yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 boleh menubuhkan cawangan hanya jika:
|
| |
(a) |
Undang-undang berdaftarnya mengandungi peruntukan penubuhan cawangan; dan
|
| |
(b) |
Kebenaran bagi menubuhkan cawangan telah diperolehi terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan. |
| |
|
| 2. |
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKUATKUASA |
| |
(a) |
Akta _Pertubuhan_ 1966; |
| |
(b) |
Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. |
| |
|
| 3. |
CAWANGAN PERTUBUHAN |
| |
Pertubuhan yang berdaftar di bawah Seksyen 7(1), Akta Pertubuhan 1966 yang mana undang-undangnya termaktub peruntukan penubuhan cawangan boleh menubuhkan cawangannya dengan terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 12(1), Akta Pertubuhan 1966.
|
| |
|
| 4. |
CARA MEMOHON MENUBUHKAN CAWANGAN |
| |
4.1 |
Tiap-tiap permohonan untuk kebenaran menubuhkan cawangan hendaklah dibuat oleh Pertubuhan Induk.
|
| |
4.2 |
Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: |
| |
|
(a) |
4 salinan borang permohonan Borang 5 – Kebenaran Menubuhkan Cawangan yang disahkan dan ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
|
| |
|
(b) |
Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat, jika berkenaan. (Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang, syarikat atau kilang, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah disertakan); dan
|
| |
|
(c) |
Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
|
| |
4.3 |
Borang permohonan untuk kebenaran penubuhan cawangan (Borang 5) boleh dimuat turun secara percuma di sini atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan Negeri.
|
| |
|
| 5. |
DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN |
| |
Permohonan pendaftaran pertubuhan hendaklah dikemukakan terus kepada Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
|
| |
|
| 6. |
TANGGUNGJAWAB UNTUK MENUBUHKAN CAWANGAN TEMPOH TIGA BULAN |
| |
6.1 |
Pertubuhan Induk hendaklah menubuhkan cawangannya selepas Sijil Kebenaran Menubuhkan Cawangan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dengan memanggil suatu mesyuarat penubuhan cawangan. Cawangan ini hendaklah ditubuhkan dalam tempoh 3 bulan mulai dari tarikh Sijil Kebenaran itu dikeluarkan melainkan lanjutan masa bagi penubuhannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
| |
6.2 |
Pertubuhan Induk hendaklah mengemukakan semua dokumen di bawah ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri yang berkenaan selepas penubuhan Cawangan:
|
| |
|
(a) |
2 salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan. Senarai ini hendaklah mengandungi butir-butir seperti nama (bagi orang Cina ditulis juga nama dalam huruf Cina), jawatan dalam cawangan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Cawangan;
|
| |
|
(b) |
2 salinan Minit Mesyuarat Penubuhan Cawangan; dan |
| |
|
(c) |
2 salinan Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-Kira bagi tempoh semasa, (jika ada).
|
| |
6.3 |
Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b) dan (c) hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama cawangan yang berkenaan dan ditandatanganbalas oleh seorang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
|
| |
|
| 7. |
RAYUAN TERHADAP PENOLAKAN PERMOHONAN KEBENARAN MENUBUHKAN CAWANGAN PERTUBUHAN |
| |
7.1 |
Di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966, mana-mana pertubuhan, pemegang jawatan atau ahli pertubuhan yang musykil dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan dalam hal penolakan permohonan pendaftaran boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Pendaftar.
|
| |
7.2 |
Surat rayuan dan bayaran fi pemprosesan berjumlah RM50.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana alamat berdaftar pertubuhan ditetapkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Negeri di sini.
|