| 1. |
CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN UNTUK MEMBUAT CARIAN/MENDAPATKAN DOKUMEN |
| |
Permohonan carian maklumat boleh dikemukakan dengan cara berikut :
|
| |
(a) |
1 salinan Borang 27 - Permohonan Untuk Membuat Carian/Mendapatkan Dokumen. Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri; dan
|
| |
(b) |
Fi dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang mengikut jenis permohonan seperti berikut:
|
| |
|
Jenis Permohonan |
Fi |
| |
|
Apa-apa permohonan untuk suatu salinan diperakui mana-mana dokumen yang diberi kepada sesuatu pertubuhan oleh Pendaftar.
|
RM10.00 bagi tiap-tiap salinan |
| |
|
Bagi membuat salinan-salinan diperakui mana-mana dokumen yang difailkan di bawah Akta. |
RM2.00 bagi tiap-tiap muka |
| |
|
Bagi memeriksa dokumen-dokumen sesuatu pertubuhan yang ada dalam milik Pendaftar atau Penolong Pendaftar. |
RM10.00 |
| |
|
Apa-apa permohonan bagi maklumat mengenai nama dan/atau alamat sesuatu pertubuhan. |
RM2.00 |
| |
(c) |
Walau bagaimanapun, tiada apa-apa fi akan dikenakan sekiranya maklumat mengenai sesuatu pertubuhan dikehendaki bagi sesuatu maksud rasmi oleh mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasa berkanun atau lain-lain agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri, atau pihak berkuasa tempatan, sebagaimana diluluskan oleh Pendaftar.
|
| |
|
| 3. |
DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN CARIAN MAKLUMAT/MENDAPATKAN DOKUMEN |
| |
Permohonan pendaftaran pegawai awam hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.
|