Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  Perkhidmatan
     
 Portal  Internet

Pindaan Undang-Undang Tubuh
Oleh : admin   Tarikh : 09/07/2008

1. PENDAHULUAN
  1.1

Di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966, sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 hanya boleh meminda undang-undang tubuhnya serta melaksanakan sebarang pindaan selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan. Pindaan undang-undang ini termasuklah menukar nama pertubuhan, alamat tempat urusan dan pindaan sebahagian/menyemak semula keseluruhan undang-undang berdaftarnya.

  1.2

Pertubuhan berdaftar tidak boleh meminda undang-undang tubuhnya dengan sewenang-wenangnya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan ahli-ahli mengikut peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang tubuhnya.

   
2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKUATKUASA
  (a) Akta Pertubuhan 1966;
  (b) Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
   
3. MAKSUD PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
 

Sesuatu pertubuhan berdaftar boleh meminda undang-undang tubuhnya di dalam keadaan berikut:

  (a)

Penukaran nama pertubuhan/cawangan pertubuhan (dengan syarat penukaran ini tidak mengubah corak dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya).

  (b)

Penukaran alamat tempat urusan atau alamat pos pertubuhan/cawangan pertubuhan.

  (c)

Pindaan ke atas mana-mana peruntukan atau sebahagian atau keseluruhan daripada peruntukan di dalam undang-undang pertubuhan, tetapi dengan syarat pindaan itu tidak mengubah corak dan jenis pertubuhan daripada bentuk asalnya.

  (d)

Pendaftaran undang-undang baru pertubuhan bagi menggantikan undang-undang yang telah berdaftar.

  (e)

Kebenaran menggunakan bendera, simbol, lambang, lencana atau lain-lain tanda pertubuhan di bawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966.

   
4. SYARAT-SYARAT PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
  4.1

Setiap pindaan undang-undang tubuh sepertimana dinyatakan di perenggan 3 hendaklah diluluskan mengikut peruntukan mengenai pindaan undang-undang di dalam undang-undang tubuh pertubuhan.

  4.2

Setiap permohonan pindaan undang-undang tubuh hendaklah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Pertubuhan Negeri (Pengarah Negeri) dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan untuk meminda undang-undang tubuh.

   
5. CARA MEMOHON PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
  5.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
    (a)

4 salinan borang permohonan Borang 10 - Permohonan Menukar Nama/Alamat/Meminda Undang-Undang/Lambang/Bendera/Lencana dan Lain-Lain Tanda untuk Pertubuhan Induk atau 2 salinan Borang 10A - Permohonan Menukar Nama/Alamat Cawangan Pertubuhan. Borang 10 yang berkenaan boleh dimuat turun di sini dan Borang 10A boleh dimuat turun di sini. Borang-borang ini boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;

    (b)

2 salinan Minit Mesyuarat yang meluluskan pindaan undang-undang tubuh berkenaan;

    (c)

5 salinan kertas pindaan yang mengandungi cadangan pindaan undang-undang tubuh atau 6 salinan undang-undang tubuh yang baru (jika undang-undang tubuh hendak dipinda secara keseluruhan);

    (d)

Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.

    (e)

7 salinan contoh bendera, simbol, lambang, lencana atau lain-lain tanda yang berwarna berserta dengan huraian lengkap mengenai reka bentuk dan makna bagi tiap-tiap tanda dan/atau warnanya (jika berkenaan).

  5.2

Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c) dan (e) di atas, hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama pertubuhan. Bagi permohonan penukaran nama/alamat cawangan pertubuhan, permohonan ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

   
6. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
 

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindaan undang-undang tubuh hendaklah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di sini.