Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  JPPM Negeri
     
 Portal  Internet

WP Kuala Lumpur
Oleh : admin   Tarikh : 09/07/2008

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPP WKL) dahulunya dikenali dengan nama Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Selangor/Kuala Lumpur, namun pada tahun 1994 ia telah dipisahkan pentadbirannya kepada 2 negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur. Kini dikenali dengan nama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang pada mulanya beroperasi di Tingkat 12, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Pada 17 November 2004, Jabatan ini telah berpindah ke Suite 2101-02, Tingkat 21, Plaza Permata, No. 6, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. Pejabat JPP WKL ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Kaswuri B. Keman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 8 Disember 2005.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;

mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman  awam atau akhlak negara Malaysia;

mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.

 
Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;

meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;

mendaftarkan Pegawai Harta;

mendaftarkan Pegawai Awam;

memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;

mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;

menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;

mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;

mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;

memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;

memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.



CARTA ORGANISASI

 
   Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.



SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan WP Kuala Lumpur
Kementerian Dalam Negeri
Suite 2101-02, Tingkat 21, Plaza Permata
No. 6, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

Telefon    : 03 - 40411577
No. Faks : 03 - 40436885