Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  JPPM Negeri
     
 Portal  Internet

Perak
Oleh : admin   Tarikh : 09/07/2008

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak (JPP Perak) telah wujud sejak tahun 1949 lagi dan mula beroperasi di Bangunan Mahkamah Seksyen Ipoh. Pada tahun 1963, pejabat ini berpindah ke Bangunan Persekutuan, Jalan Douglas (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) dan kemudian pada tahun 1986 berpindah ke Bangunan UDA, Jalan Cockman (Jalan Dato’ Onn Jaafar). Pada 1990 JPP Perak berpindah pula ke Tingkat 10, Wisma Maju UMNO, Jalan Sultan Idris Shah.

Seterusnya, pada  bulan Ogos 2000 pejabat ini telah berpindah ke Tingkat 2 Blok A, Bangunan  Persekutuan Ipoh, Jalan  Dato Seri Ahmad Said, Greentown dan pada 2 Januari 2006 JPP Perak telah berpindah ke Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Ipoh. Kompleks pejabat ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah pada 17 Julai 2006.

Komplek Pejabat KHEDN ini terletak lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar dan terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang menempatkan 7 Jabatan iaitu:
a)  Jabatan Imigresen Malaysia (Perak)
b)  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
c)  R.E.L.A.
d)  Jabatan Pendaftaran Negara
e)  Bahagian Kawalan Filem Khedn
f)  Jabatan Pertahanan Awam 3
g)  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak
 

FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;

mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman  awam atau akhlak negara Malaysia;

mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.

 
Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;

meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;

mendaftarkan Pegawai Harta;

mendaftarkan Pegawai Awam;

memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;

mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;

menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;

mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;

mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;

memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;

memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.



CARTA ORGANISASI
 

 Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


HUBUNGI KAMI


Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak
Kementerian Dalam Negeri
Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Telefon    : 05 - 528 8445/ 05 - 528 8446

No. Faks : 05 - 528 8793