Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  JPPM Negeri
     
 Portal  Internet

Pulau Pinang
Oleh : admin   Tarikh : 09/07/2008

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang (JPPNPP) wujud sebaik sahaja Ordinan Pertubuhan 1949 dikuatkuasa yang mana JPPNPP mengawasi pertubuhan-pertubuhan di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Seterusnya, tugas ini dipisahkan dengan penubuhan Jabatan Pendaftaran  Negeri Kedah  (JPPN Kedah) pada tahun 1981 dan Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan/Terengganu pada tahun 1974.

JPPNPP mula beroperasi di Pejabat Mahkamah Tinggi Lebuh Farquhar, Pulau Pinang pada tahun 1949. Pada tahun 1953, JPPNPP berpindah ke Pejabat  Dewan Undangan  Negeri, Lebuh  Farquhar, Pulau  Pinang  dan  Jabatan  ini  berpindah  lagi ke  25,  Jalan Ahmad Shah, Pulau Pinang pada tahun 1964. Seterusnya, pada tahun 1988, JPPNPP beroperasi di Tingkat 9, Bangunan Tunku Syed Putra, Pulau Pinang dan berpindah ke 4826, Taman Selat, Jalan Pantai, Butterworth, Pulau Pinang. Kemudiannya, JPPNPP berpindah ke Tingkat 7, NB Tower, Jalan Bagan Luar, Butterworth, Pulau Pinang dan pada tahun 2002, JPPNPP berpindah ke Tingkat 11 pada bangunan yang sama.

Pada tahun 2005, JPPNPP beroperasi di No. 5-8, Tingkat 1, Kompleks Sempilai Jaya, Jalan Sempilai, Seberang Jaya, Pulau Pinang sehingga sekarang.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;

mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman  awam atau akhlak negara Malaysia;

mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.

 
Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;

meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;

mendaftarkan Pegawai Harta;

mendaftarkan Pegawai Awam;

memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;

mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;

menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;

mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;

mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;

memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;

memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.



CARTA ORGANISASI




Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


HUBUNGI KAMI


Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang
Kementerian Dalam Negeri
No. 5-8, Tingkat 1,
Kompleks Sempilai Jaya, Jalan Sempilai,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Telefon    : 04 - 380 3630
No. Faks : 04 - 380 3638