Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  JPPM Negeri
     
 Portal  Internet

Perlis
Oleh : admin   Tarikh : 09/07/2008

Jabatan Pendaftaran Negeri Perlis (JPPN Perlis) diluluskan bagi memulakan operasi secara berasingan pada 01.01.2002 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada operasi asalnya bersama-sama negeri Kedah sejak 1 Mac 1981 yang dikenali selama ini sebagai Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah/Perlis. JPPN Perlis diwujudkan bertempat di Tingkat 5, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.

JPPN Perlis bertanggungjawab dalam urusan Pendaftaran Pertubuhan serta pengurusan di bawah Akta Pertubuhan 1996 bagi semua pertubuhan yang berdaftar di seluruh negeri Perlis. Matlamat JPPN Perlis adalah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman atau akhlak.


FUNGSI DAN TUGAS


Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;

mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman  awam atau akhlak negara Malaysia;

mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.

 
Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;

meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;

mendaftarkan Pegawai Harta;

mendaftarkan Pegawai Awam;

memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;

mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;

menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;

mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;

mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;

memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;

memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.




SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


CARTA ORGANISASI





HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perlis
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 5, Bangunan KWSP,
Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar, Perlis.
Telefon    : 04 - 977 8290
No. Faks : 04 - 977 7320