Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  Maklumat Korporat
     
 Portal  Internet

Kod Etika Jabatan
Oleh : admin   Tarikh : 19/06/2008

1. PROFESIONALISME

   
Ciri-ciri:
   

Mempunyai komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.
Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.
Menjalankan tugas tanpa pilih kasih, objektif dan tidak mementingkan diri.
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
Bertanggungjawab memastikan tugas yang dilaksanakan mematuhi peraturan, prosidur dan piawaian yang ditetapkan.


2. BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN

   
Ciri-ciri:
   

Bertindak ke arah mencapai visi dan misi Jabatan.
Sentiasa melibatkan diri dan memberikan sumbangan dalam aktiviti Jabatan.
Berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu pengetahuan.
Sentiasa menjaga imej Jabatan.
Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama serta saling hormat-menghormati.


3. BERORIENTASIKAN PERKHIDMATAN

   
Ciri-ciri:
   

Sentiasa peka dan mengutamakan pelanggan.
Sentiasa melaksanakan tugas dengan segera (sense of urgency) dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan.
Sentiasa berdedikasi dan mengamalkan disiplin yang tinggi.
Mengamalkan ciri-ciri kreativiti dan inovasi.


4. BERHEMAH DAN BERWIBAWA

   
Ciri-ciri:
   

Sentiasa jujur, amanah dan berakauntabiliti.
Sentiasa bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama.
Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
Sentiasa tenang dan sabar serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
Bersedia menerima teguran dan kritikan membina.
Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa serta luhur.