Login Intranet
ID Pengguna
Katalaluan
Remember Me
Lupa Katalaluan? Klik Di Sini
Tender
-tiada aktiviti buat masa ini-
     Pautan Penting
MYGOV
MSC
KEMPEN
Pemudah
Jobs Malaysia
Visit Malaysia
healthpromo

Anda berada di :  Maklumat Korporat
     
 Portal  Internet

Penguatkuasaan
Oleh : admin   Tarikh :

Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan setiap pertubuhan yang berdaftar menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut undang-undang berdaftar pertubuhan dan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966. Bahagian Penguatkuasaan terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Operasi Penguatkuasaan dan Cawangan Siasatan.


FUNGSI

Cawangan Operasi Penguatkuasaan

Menjalankan kerja-kerja risikan ke atas pertubuhan jika terdapat maklumat yang menunjukkan wujud pertubuhan haram atau menyalahi undang-undang.

Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan samada bernotis atau mengejut di premis-premis pertubuhan berkenaan.


Cawangan Siasatan

 

Menjalankan siasatan dan pendakwaan berhubung dengan kesalahan atau pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

Menyiasat dan menyelaras kes-kes aduan yang diterima daripada kalangan ahli persatuan, Biro Pengaduan Awam (BPA), Badan Pencegah Rasuah (BPR), Polis dan sumber-sumber lain.

Menjalankan operasi lawatan atau pemeriksaan mengejut ke atas pertubuhan-pertubuhan berdaftar.




PEMERIKSAAN


Pemeriksaan Bernotis dilakukan berdasarkan peruntukan Seksyen 63 Akta Pertubuhan 1966 di mana notis dikeluarkan terhadap sesuatu pertubuhan. Notis tersebut dinyatakan tarikh, waktu, tempat pemeriksaan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pertubuhan.

Pemeriksaan Tanpa Notis pula adalah mengikut Seksyen 64 Akta Pertubuhan 1966 di mana pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas sesuatu pertubuhan apabila aduan mengenai pertubuhan berkenaan diterima oleh pihak Jabatan. Pihak pengurusan sesebuah pertubuhan perlu menyediakan segala dokumen yang diminta oleh pegawai pemeriksa semasa pemeriksaan dijalankan ke atas pertubuhan mereka.

Kedua-dua prosedur pemeriksaan ini dijalankan bertujuan memastikan pengurusan pertubuhan termasuk kewangan persatuan diuruskan dengan teratur dan mematuhi keperluan-keperluan undang-undang berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966


SIASATAN

Aktiviti siasatan adalah melibatkan aduan-aduan yang diterima terhadap pertubuhan.  Aduan-aduan diterima seringkali berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh Pengerusi Pertubuhan, penyelewengan wang pertubuhan dan perasaan tidak puas hati akibat pemecatan dari jawatan dalam pertubuhan.

Kategori 1

Aduan terhadap perlanggaran peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.  Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut :-

Mengubah alamat pertubuhan tanpa kelulusan Pendaftar.
Menghantar maklumat palsu kepada Pendaftar.
Menggunakan logo atau lambang tanpa kelulusan Pendaftar.

Kategori 2

Aduan terhadap perlanggaran undang-undang tubuh persatuan. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut:-

Mesyuarat agung tidak mengikut prosedur.
Tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan.

PENDAKWAAN

Kesalahan-kesalahan berikut telah dilakukan oleh pertubuhan menyebabkan tindakan pendakwaan di atas diambil :


Memindahkan tempat urusan pertubuhan tanpa kebenaran.
Kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(a) A.P 1966.
Menggunakan logo tanpa kebenaran.
Kesalahan di bawah Seksyen 50 A.P 1966.
Mengemukakan maklumat palsu.
Kesalahan di bawah Seksyen 54A A.P 1966.
Menjalankan aktiviti sebelum pendaftarannya diluluskan.
Kesalahan di bawah Seksyen 6(2) A.P 1966.
Pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya tetapi masih meneruskan kegiatan.
Kesalahan di bawah Seksyen 42 A.P 1966.


SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN


CARTA ORGANISASI BAHAGIAN


HUBUNGI KAMI

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
Aras
2, Blok B,
Bangunan Chancery Place,
Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik
62452 PUTRAJAYA
(U.P: Bahagian Penguatkuasaan)
Telefon    : 03-8888 5799 / 8881 11405 / 8881 1320 / 8881 1328
No. Faks : 03-88893667